Friday, January 28, 2011

Senyum Di Setiap Air Mata

Asalamualaikum w.b.t buat semua . 

Hari yang agak bahagia mungkin bagi seorang pelajar kerana esok bermulanya cuti panjang sempena Tahun Baru Cina . Yeahh tapi bagi Eyza , ia hanya cuti di kalendar tidak pada realitinya . Esok Eyza WAJIB berjuang di sekolah untuk menghadiri kelas tambahan Chemistry . 

Cuti nih Eyza diisikan dengan ruang-ruang masa belajar semata-mata . Masa untuk diri sendiri entah bila akan diperuntukkan tapi tak pa . Tak salah berjuang untuk masa depan . Susah dahulu pendapatan , susah kemudian tidak berguna lagi . Eh betul ker camnih ? -.- 

Semua berhak untuk berjaya .



Faham semula apa yang dikatakan dalam gambar tersebut ya kawan-kawan . Ianya akan memberi semangat kepada anda untuk menjadi lebih baik daripada anda kini . Jadi , teruskan usaha ! Kurangkan rungutan ! Tingkatkan produktiviti anda ! Seterusnya kita menjadi sebutan ! ;)

Sahabat Eyza ada cakap tadi :

Nur : Dah kurang dah eh entry kat blog ? 
Eyza : Busy sikit . Tak dan nak update . :|

Percayalah masa membataskan segalanya .  Eyza teramat-amatlah busy masa kini . Bila difikir-fikir semula , apa yang Eyza busy sangat eh ? Kadang-kadang homework tak siap jugak . Aiyokkk , dilema seorang pelajar hanya pelajar yang tahu . Dalam sungguh ertinya itu . 

Sekarang nih Eyza lebihkan masa Eyza untuk mencapai tahap konsisten supaya kerja lebih efisyen . Tak dak la nanti tension ke apa ker kan ? Kita kena urus masa dengan betul . Believe it or not ? Maybe you should try babe ! ;)

Oh ya , Eyza tahu Eyza dah merapu jauh dari sasaran sebenar ya . Sorry , sorry , sorry . Eh3 , macam lagu Super Junior pulak . Kah8 . Ditekankan di sini , saya bukanlah peminat Korea yang tegar . Jangan ditanya siapakah anggota kumpulan Super Junior ke apa ker , tak pernah ku rajin nak mengambil tahu . :P

Ini Super Junior . Ramainya ! 

Nak dimaklumkan jugak di sini , anda semua dialu-alukan untuk membaca Tumblr Eyza @ Live Blogging . Selalunya luahan perasaan dan share lagu serta gambar akan dikepilkan di situ . Penulisan ringkas akan ditinggalkan di sana . :)

Korang boleh check-it-out Eyza punya aktiviti secara ringkas kat sana la . Kalau Eyza tak sempat nak post kat Blogger , Eyza akan post kat Tumblr supaya korang tetap ada jalinan hubungan dengan Eyza walaupun bukan di sini . Hehe ! Gunakan alternatif yang ada sebaik-baiknya !

Segala rintangan kehidupan + family problem , Eyza buat tak hirau ketika ini . Gelora yang melanda , ku pejamkan mata . Biasalah , hidup ada turun bawah kan ? Fikir positif dengan setiap ujian yang diberi oleh Allah kepada kita . Ada hikmah di sebaliknya . 

Hanya mampu tersenyum di setiap air mata yang mengalir . Walaupun senyuman itu tidak manis seperti biasa , ianya cukup berharga kerana tangisan beserta . Ratu Menangis In The House ! ;)

Ok3 . Mungkin sampai di sini saja karangan kita hari nih yer , murid-murid . Cewahhh , cikgu nih . Oh , Eyza tak boleh jadi cikgu nanti anak murid asyik 'buli' jer sebab tak reti marah la kowt . -.- Ada plak camtuh kan ? 

Sampai sini sahaja warga pembaca yang dirindui . ;)
28. Januari. 2011 , 06.50 PM ~

p/s : Malam nih get ready nak angkut buku Chemistry depan TV . Ustaz Amirul !! ;)

Nota Kaki : 
Hidup ini penuh rintangan yang bakal melanda . 
Bijaklah mengharunginya dengan tabah , wahai saudara dan saudariku .

Tulus ikhlas , 
Hafizatul Asyrah bt . Zulkhairi @ Eyza  


12 serangan:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

ramai suka ust amirul nieh....

Hafizatul Asyrah said...

@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫

tak dapat dinafikan itu ..
memang rmai yg suka dia ..

:)

TalkingKeyboard said...

like that quote =)

Hafizatul Asyrah said...

@TalkingKeyboard

thanks . actually tuh quote sahabat eyza . huhu ;)

Kak Long said...

salam.

yeah.. berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian, bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian.. kalau sy susah ati pon kadang sy ingat peribahasa ni.. :)

Hafizatul Asyrah said...

@Si DauN CeRi

wassalam .
ya3 peribahasa tuh . :)

semoga ada hikmah di sebalik ujian-Nya untukl kita ..

;)

Anis Akhir said...

teringat zaman skolah dulu... slalu study depan tv bila ada cerita best... last2 tak study sgt pon..tgk tv ja lebih....hehehe....

miss all that precious moment...:)

Hafizatul Asyrah said...

@Anis Akhir

betul tuh .. kalo dh dudk dpn tv tuh , jawabnyer pgg buku jer la .. baca nyer tidak pun .. keh8 !

yeahh bila dh hbis skola teringt zamn dulu2 . :) eyza tak taw la pasnih camner .. dah la this year tahun akhir kat skolah ..

=)

si para para said...

murid murid kena rajin belaja.hehe

peminat ust amirul rupanya.hehe

Hafizatul Asyrah said...

@si para para

yeahh memang dh menjadi tggungjawab student kan nak study ? ;)

tenkiu !

Lalinkfyza said...

rindunya zaman belajar kat smkapps dulu =)
miss the time that we all copy and paste homework bahasa arab. hahahaha... anyways good luck sis!

Hafizatul Asyrah said...

@Lalinkfixa

la ex smkapps ker ??
yeahh bila keluar dari sekolah bru rasa nikmat2 yg ada dulu kan ?? :(

sayang pulak rasanya nak tggalkan sekolah tuh .. huhu ..

;)

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)