Asalamualaikum w.b.t buat semua pembaca .
Lama rasanya tak menulis entry di blog nih . Hoho , mungkin ada yang mula naik angin bila view jer page nih , tetap tidak berupdate . Tapi , adakah sebegitu yang anda rasa ? Kalau ya , anda memang pengeview blog terbaik ! ;)
Kembali kepada title semula ya . Menulis dalam kadar otak masih 'hangat' dengan soalan-soalan Additional Mathematics . Senyum-senyum di depan skrin sebentar . Baiki rambut kat dahi sikit . Perut menyanyi lagu If I Had You . Opss ! Terlebih la kowt . Hehe .
Pagi-pagi ku diisi dengan senyuman daripadamu .
Entah apa nak merapu di entry ini , Eyza pun tak berapa pasti . Rujuk tajuk di atas ye kawan2 :
Percayalah Masa Membataskan Segalanya
Sekali imbas , rasanya pasti anda yang dah tahu apa yang Eyza maksudkan di sini . Ya , masa Eyza sangatlah terhad untuk berblogging di awal tahun ini . Sejak melayarkan bahtera di Tingkatan 5 @ Pelajar SPM , Eyza banyak isikan masa dengan 'mengadap buku' bukan mukabuku ya . Harap maklum.
Lama dah rasanya tak online MukaBuku atas faktor-faktor yang tak dapat dielakkan iaitu masa dan tekanan kerja . Cewahhh , ditekankan di situ tekanan kerja yer . Apa yang sampai tekanan kerjanya nih , Cik Eyza ? Tolong huraikan seperti ingin mendapat 20 markah untuk soalan Kertas 2 Additional Mathematics .
Tekanan Kerja dalam diri Eyza ialah nota-nota yang tidak ber'update' serta latihan-latihan yang diberi . Memang berlaku Revolusi Perindustrian Minda ketika ini sebab semua benda nak kena revise sentiasa supaya tak lupa . Masalah lagi satu hal nih , entah kenapa Eyza tengah mengalami penyakit kronik sekarang nih . -.-
Lupa @ Amnesia
Alasan terbaik masa kini yang diberi kepada guru .
Mungkin ada sistem otak Eyza yang tidak dijana study waves , tuh yang Eyza selalu sangat lupa . Kadang-kadang , cikgu baru ja cakap Eyza dah lupa . Memang selalu 'hilang' dalam kelas Eyza nih . Aiyookk ! Cikgu , fahamilah saya sebagai seorang pelajar yang memiliki otak berspeed 10km/j nih .
Cara-cara Untuk Mengelakkan Lupa :






Sempat lagi Eyza kasi tips untuk dikongsi bersama-sama kan ? Tips nih boleh diamalkan untuk mengelakkan cepat lupa macam Eyza nih yer . Hehe ! Apa susah kan ? Sekarang nih kat komputer dah boleh update kan ? Korang tulis jer la kerja korang tuh kat situ !
Antara langkah 'penderaan' otak yang berkesan .
Sambung semula bercerita mengenai masa . Dimaklumkan di sini , Eyza ada banyak masa terluang di rumah tetapi terhad untuk menggunakan komputer berblogging mahupun online segala jenis website yang ada . Study nak kena konsisten buat masa ini . :)
Eyza selalu terkenangkan kata-kata Abah di meja makan masa Eyza mintak duit nak beli T-Shirt Sukan Sekolah yang baru . Dialog di bawah ada yang perlu ditapis terlebih dahulu :
Suasana di meja makan . Sarapan pagi. 15.Januari.2011
Eyza : Abah , kakngah nak kena baju sukan baru . Baju lama dah singkat . Cikgu mesej tegur dah semalam .
Abah : Takpa lah . Nanti Abah bagi duit beli baju baru . Baju lama tuh bagi kat Ayin suruh dia pakai .
Eyza : Kakngah simpan la . Mana padan kot dengan dia . Lagipun baju tuh kena pakai untuk sukan ja .
Abah : Belajarlah bagi dapat 11A dulu . Nak apa habaq ja .
Eyza : *bungkam.
* Masa tuh , selera nak makan sarapan terbatal 100% . Cuci tangan . Masuk bilik dan tak keluar dah . Menangis lagi . :(
Dialog yang di-bold dan di-italic itu sentiasa Eyza ingat . Abah pulak sekarang outstation kat Kuala Lumpur . Malam esok baru balik . Abah , percayalah setiap detik anakmu ini pergi sentiasa mengingatimu . Mama , percayalah setiap detik anakmu ini melangkah sentiasa merinduimu . Hah , air mata dah kembali bergenang ketika ini .
Menulis dengan titisan air mata bersama-sama . Nafas tersekat-sekat dan tersedu-sedan sebentar . Hidung tersumbat masalah biasa .
Serius , Eyza agak mudah menangis . Hehe ! Bukan tangisan mengada-ngada tetapi tangisan duka mengenangkan dosa kepada-Nya . Ok , sudah . Tak nak nangis-nangis di pagi buta begini lagi . Mulakan hari dengan senyuman . Bak kata sahabat Eyza , Senyum di Setiap Air Mata . =)
Perjuangan Eyza masih jauh beribu batu untuk mencapai cita-cita dan apa yang Eyza inginkan . Tapi , pejam celik pejam celik dah tiba masanya . Oleh itu , Eyza nak kena gunakan masa Eyza sebaik-baiknya . Diharap korang faham kenapa Eyza jarang post entry gempak seperti dulu .
Postage nih panjang benar kan ? tehee . Bila tak berupdate lama dan akan ditinggalkan lama , maka Eyza tinggalkan entry panjang-panjang . Minggu nih Eyza agak sibuk dengan Lintas Desa kat sekolah . Masa tersangatlah terhad . Lenguh-lenguh kaki dan sunburn muka memang wajib masa kini !
Sampai sini saja yer , teman-teman . I miss u all , my love ! ;)
19.Januari.2011 , 01.40 AM ~
p/s : Sakit pinggang kiri dan kanan ! Abah , cepat balik nak kena pergi check up kowt !
Nota kaki :
Buatlah pilihan terbaik untuk diri anda selagi tidak menjejaskan hidup orang lain .
Cubalah membuat perubahan positif dalam hidup , wahai saudara dan saudariku .
Tulus Ikhlas ,
Hafizatul Asyrah bt . Zulkhairi @ Eyza
5 serangan:
perubahan yg postive itu penting....
@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫
yeah betul3 :)
selamat maju jaya...
jgn sedih2 !
eh ! eh ! blog awak comel ;)
@Khairul Atikah @ Cik Yuki
thanks . slmat mju jaya untk awk juga ! ok3 .. xsedih .. :)
thanks ! ;)
@armouris
thanks for sharing !
;)
Post a Comment
Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)