Hidup untuk menjadi seorang blogger girl tersangatlah sukar . Yang pastinya , saya tidaklah sehebat anda di luar sana . Saya juga tidak dikenali ramai kerana kurang kenalan siber . Saya cuba untuk bergerak sendiri di Blogger ini tapi sering kali kecundang apabila ingin melangkah . Namun , saya jadikan setiap kecundangan itu sebagai semangat untuk terus bangkit dan melakar sejarah hidup saya di blogger ini .
Mulai berjinak-jinak mengenali blogger melalui adik lelaki saya iaitu Hafaisy , membuatkan jiwa remaja saya berkocak untuk bergelar Blogger's . Saya cuba menggunakan kesempatan dalam mencari maklumat tentang Blogger di Google dan sebagainya . Banyak yang saya dapati di Blogger dan mula merasakan Blogger menjadi suatu kepentingan dalam hidup saya . Tiada yang lebih dari itu selain Blogger .
Sebagai seorang remaja , saya sangat menginginkan kegembiraan semata-mata tanpa memikirkan batasan . Setelah diberi 'kaunseling' dari kisah2 hidup lalu , baru saya menyedari susah senang dan pahit manis kehidupan nih . Mulai dari itu , saya mulai bersedia untuk berubah dan menjadi diri saya sendiri bukan orang lain . Saya tidak lagi berharap terhadap orang lain sepenuhnya kerana saya perlu berdikari untuk mencapai kejayaan hidup di dunia mahupun akhirat .
Sedari saya hanya manusia biasa yang melakukan kesalahan , saya sentiasa mencuba untuk memotivasikan diri supaya menjadi orang yang tegar dan penyabar . Walaupun saya sendiri mengetahui yang diri ini tidak mampu bersabar , tapi saya sabarkan jua . Sabar itu separuh daripada iman . Saya tahu sudah ditakdirkan apa yang akan terjadi sepanjang hidup saya . Oleh itu , saya tak boleh menyalahkan pihak lain terhadap kegagalan dalam hidup saya . Saya akan mencuba supaya kejayaan menjadi milik saya . Insya-Allah , Allah sentiasa memberi kepada mereka yang berusaha .
Saya cuba menjadi seorang yang cool tapi gila-gila di Blogger kerana saya fikir itu mampu memberi kekuatan dalam diri saya untuk menempuh halangan masa depan . Tapi bukanlah mudah untuk mengecapi sesuatu yang terlalu sukar untuk dicapai . Sama seperti saya ingin melangkah maju dalam bidang Blogger ini . Untuk sampai ke tahap yang lebih tinggi tersangatlah sukar . Saya perlu mengharungi persaingan antara blogger2 lain . Tapi bukan itu yang saya inginkan .
Berbalik kepada tujuan ber-Blogger , setelah mulai bergiat agak aktif , baru saya fahami permainan di Blogger ini . Kebanyakannya sanggup berbuat apa sahaja untuk menjadi popular . Sanggup menggunakan nama Blogger Terkenal untuk kepentingan diri sendiri . -.- Entah apa sebenarnya niat berbuat demikian . Blogger bukannya tempat untuk membuatkan anda popular dalam masa sekelip mata tetapi memerlukan usaha .
Berusahalah untuk menjadi diri sendiri supaya anda tahu di mana letaknya diri anda di sisi orang lain .
Sungguhpun begitu , kisah2 di Blog saya mengenai hidup saya dan kisah-kisah yang berkaitan dengannya . Diselitkan juga dengan pelbagai kategori tambahan yang lain seperti lagu dan trailer . Apa yang saya post di Blog tidak terhad untuk diri saya sahaja . Saya turut mengisahkan hidup orang lain seperti sahabat-sahabat , keluarga dan sebagainya .
Walaupun saya seorang gadis mentah yang tidak tahu apa-apa , saya tetap akan berusaha untuk menjadi salah seorang dari Blogger's . Saya sangat memerlukan sokongan anda untuk meneruskan perjalanan blogger ini . Tanpa sokongan dan dorongan anda , saya tidak mampu lagi meneruskan riwayat Blogger ini . Blogger ini menjadi sahabat terbaik yang saya miliki . Walaupun ianya sekadar 'laman web' , saya tetap menyayanginya seperti saya menyayangi diri sendiri . :)
Insya-Allah , dengan izin-Nya , saya akan meneruskan usaha saya dalam perubahan di Blog ini dan perubahan serba sedikit dalam hidup saya . Diharap saya menjadi yang terbaik di dalam hati anda bukan yang menyakitkan kepala anda . Maafkan segala salah silap dan terkasar bahasa sepanjang saya menghantar entry di Blog yang tak seberapa ini .
0 serangan:
Post a Comment
Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)