Asalamualaikum w.b.t buat semua .
Hari yang agak bahagia mungkin bagi seorang pelajar kerana esok bermulanya cuti panjang sempena Tahun Baru Cina . Yeahh tapi bagi Eyza , ia hanya cuti di kalendar tidak pada realitinya . Esok Eyza WAJIB berjuang di sekolah untuk menghadiri kelas tambahan Chemistry .
Cuti nih Eyza diisikan dengan ruang-ruang masa belajar semata-mata . Masa untuk diri sendiri entah bila akan diperuntukkan tapi tak pa . Tak salah berjuang untuk masa depan . Susah dahulu pendapatan , susah kemudian tidak berguna lagi . Eh betul ker camnih ? -.-
Semua berhak untuk berjaya .
Faham semula apa yang dikatakan dalam gambar tersebut ya kawan-kawan . Ianya akan memberi semangat kepada anda untuk menjadi lebih baik daripada anda kini . Jadi , teruskan usaha ! Kurangkan rungutan ! Tingkatkan produktiviti anda ! Seterusnya kita menjadi sebutan ! ;)
Sahabat Eyza ada cakap tadi :
Nur : Dah kurang dah eh entry kat blog ?
Eyza : Busy sikit . Tak dan nak update . :|
Percayalah masa membataskan segalanya . Eyza teramat-amatlah busy masa kini . Bila difikir-fikir semula , apa yang Eyza busy sangat eh ? Kadang-kadang homework tak siap jugak . Aiyokkk , dilema seorang pelajar hanya pelajar yang tahu . Dalam sungguh ertinya itu .
Sekarang nih Eyza lebihkan masa Eyza untuk mencapai tahap konsisten supaya kerja lebih efisyen . Tak dak la nanti tension ke apa ker kan ? Kita kena urus masa dengan betul . Believe it or not ? Maybe you should try babe ! ;)
Oh ya , Eyza tahu Eyza dah merapu jauh dari sasaran sebenar ya . Sorry , sorry , sorry . Eh3 , macam lagu Super Junior pulak . Kah8 . Ditekankan di sini , saya bukanlah peminat Korea yang tegar . Jangan ditanya siapakah anggota kumpulan Super Junior ke apa ker , tak pernah ku rajin nak mengambil tahu . :P
Ini Super Junior . Ramainya !
Nak dimaklumkan jugak di sini , anda semua dialu-alukan untuk membaca Tumblr Eyza @ Live Blogging . Selalunya luahan perasaan dan share lagu serta gambar akan dikepilkan di situ . Penulisan ringkas akan ditinggalkan di sana . :)
Korang boleh check-it-out Eyza punya aktiviti secara ringkas kat sana la . Kalau Eyza tak sempat nak post kat Blogger , Eyza akan post kat Tumblr supaya korang tetap ada jalinan hubungan dengan Eyza walaupun bukan di sini . Hehe ! Gunakan alternatif yang ada sebaik-baiknya !
Segala rintangan kehidupan + family problem , Eyza buat tak hirau ketika ini . Gelora yang melanda , ku pejamkan mata . Biasalah , hidup ada turun bawah kan ? Fikir positif dengan setiap ujian yang diberi oleh Allah kepada kita . Ada hikmah di sebaliknya .
Hanya mampu tersenyum di setiap air mata yang mengalir . Walaupun senyuman itu tidak manis seperti biasa , ianya cukup berharga kerana tangisan beserta . Ratu Menangis In The House ! ;)
Ok3 . Mungkin sampai di sini saja karangan kita hari nih yer , murid-murid . Cewahhh , cikgu nih . Oh , Eyza tak boleh jadi cikgu nanti anak murid asyik 'buli' jer sebab tak reti marah la kowt . -.- Ada plak camtuh kan ?
Sampai sini sahaja warga pembaca yang dirindui . ;)
28. Januari. 2011 , 06.50 PM ~
p/s : Malam nih get ready nak angkut buku Chemistry depan TV . Ustaz Amirul !! ;)
Nota Kaki :
Hidup ini penuh rintangan yang bakal melanda .
Bijaklah mengharunginya dengan tabah , wahai saudara dan saudariku .
Tulus ikhlas ,
Hafizatul Asyrah bt . Zulkhairi @ Eyza
12 serangan:
ramai suka ust amirul nieh....
@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫
tak dapat dinafikan itu ..
memang rmai yg suka dia ..
:)
like that quote =)
@TalkingKeyboard
thanks . actually tuh quote sahabat eyza . huhu ;)
salam.
yeah.. berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian, bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian.. kalau sy susah ati pon kadang sy ingat peribahasa ni.. :)
@Si DauN CeRi
wassalam .
ya3 peribahasa tuh . :)
semoga ada hikmah di sebalik ujian-Nya untukl kita ..
;)
teringat zaman skolah dulu... slalu study depan tv bila ada cerita best... last2 tak study sgt pon..tgk tv ja lebih....hehehe....
miss all that precious moment...:)
@Anis Akhir
betul tuh .. kalo dh dudk dpn tv tuh , jawabnyer pgg buku jer la .. baca nyer tidak pun .. keh8 !
yeahh bila dh hbis skola teringt zamn dulu2 . :) eyza tak taw la pasnih camner .. dah la this year tahun akhir kat skolah ..
=)
murid murid kena rajin belaja.hehe
peminat ust amirul rupanya.hehe
@si para para
yeahh memang dh menjadi tggungjawab student kan nak study ? ;)
tenkiu !
rindunya zaman belajar kat smkapps dulu =)
miss the time that we all copy and paste homework bahasa arab. hahahaha... anyways good luck sis!
@Lalinkfixa
la ex smkapps ker ??
yeahh bila keluar dari sekolah bru rasa nikmat2 yg ada dulu kan ?? :(
sayang pulak rasanya nak tggalkan sekolah tuh .. huhu ..
;)
Post a Comment
Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)