Thursday, February 3, 2011

Tegarnya Si Gadis Menempuh Ujian Ilahi .

Asalamualaikum w.b.t buat semua pembaca .

Senyum . Yeyeahh ! Hari nih , korang tahu tak hari apa ?? Ada yang angguk macam burung terkukur . Di kesempatan ini , masih tak terlewat la bagi Eyza nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina  buat semua yang menyambutnya .

Moga2 makin 'ong' lah tahun arnab nih yer . Bukan ong .. ong .. ong .. katak itu ya . Jangan salah faham . Berbeza ong katak dengan 'ong' orang Cina itu ya kawan2 . Karang korang pergi kasi katak pulak kat Orang Cina . Sudah ! ;)

Satu Malaysia ?? -.-





Huhu . Maybe korang dah tengok ada yang berbeza la kowt kat blog nih . Makin serabut ? Ohh , mungkin ya dan mungkin juga tidak . Tapi bagi Eyza , memang serabut ++ . Mula2 , berkenan di hati nak buat shoutbox sliding , bila fikir2 balik tak payah lah . =(

Kenapa Eyza tak nak buat shotbox sliding nih ?

loading blog slow
kadang2 shoutbox tak keluar
menyukarkan proses blogwalking
pengeview blog tak perasan shotbox kat tepi
widget banyak membuatkan blog nampak serabut

Nih la antara sebab-sebabnya Eyza tak letak shoutbox sliding . Jangan tanya lagi dah ok kenapa tak letak shotbox sliding camgituh . Dalam hati memang nak sangat2 buat tapi apakan daya , bila difikirkan semula macam banyak kerja pulak nak kena buat nanti . :D

Sepanjang hari-hari Eyza tak post entry , actually Eyza mengarang la konklusi perjalanan hidup Eyza . Hehe ! Bukan main lagi kan ? Konklusi segala mak nenek . Bukan untuk bermegah atau apa-apa yer . Tak der kena mengena antara yang hidup mahupun yang telah pergi . 

Jom tengok + baca isi-isi konklusi @ sajak @ puisi :

'Tegarnya Si Gadis Menempuh Ujian Ilahi'

tegarnya gadis itu ,
menyimpan seribu rasa pedih di sisi ,
segala hina , caci dan maki ,
dilepaskan itu sendiri tanpa peduli .

tegarnya gadis itu ,
menjalani hari-hari , 
tiada yang mahu menemani ,
malah dipulaukan lagi .

tegarnya gadis itu , 
menjadi permata di hati sendiri ,
walau tiada yang pasti , 
dia hanya sendiri menjalani erti ,

tegarnya gadis itu ,
walaupun melakukan dosa ,
dia kini kembali kepada-Nya ,
mendekatkan diri di pelusuk dunia ,
menebarkan pandangan ke mana sahaja  .

tegarnya gadis itu , 
walau dijeling senyum dibalasnya ,
walau dikata dipekakkan telinga , 
walau diuji ditabahkan hati , 
walau sendiri diteguhkan aksara jati .

tegarnya gadis itu , 
menjadikan diri kembali ,
menampar segala nafsu syaitani , 
walau hanya dalam hati .

tegarnya gadis itu , 
walau hilang memori dulu , 
diganti dengan kenangan baru ,
yang tidak seperti dulu ,
namun tetap dicemburu .


tegarnya gadis itu ,
merungkai setiap air mata ,
menepis segala ujian yang melanda ,
hanya untuk mengembalikan ceria ,
tapi sentiasa dipersia .


tegarnya gadis itu ,
mencari bahagia yang satu ,
sungguh pun ombak berlagu ,
biar hati berdentum satu ,
pasti ada yang lebih dari itu .


tegarnya gadis itu ,
mengubah segala manipulasi ,
mencabar keteguhan diri ,
melangkah semangat pasti ,
melepaskan durja di hari .


tegarnya gadis itu ,
melakar indah di kalbu ,
mengorak jernih di awan biru ,
menempah gebar tuah di situ ,
tersenyum seperti selalu .


tegarnya gadis itu ,
menyeru pelusuk ilmu ,
menilik erti bersatu ,
memahat rindu tanpa jemu ,
buat semua terpaku .


Ya Allah Ya Tuhanku ,
Kau berikanlah dia rahmat yang satu ,
agar dia teguh berdiri untuk-Mu ,
menyebut tanpa jemu kerna cintanya ,
hanya untuk-Mu yang satu ..

Sampai sini sahaja nota cinta untuk anda semua yer ;)
03.Februari.2011 , 8.24 PM ~

p/s : Wow ! Dapat angpow la tadi . Teheee !


Nota Kaki :
Buat yang terbaik untuk dikongsi bukan untuk kepentingan diri sendiri . 
Berkongsilah apa sahaja yang mampu untuk orang lain wahai saudara dan saudariku . 

Tulus Ikhlas , 
Hafizatul Asyrah bt . Zulkhairi  @ Eyza 

10 serangan:

fairuzhani said...

hoohoo.same lah ngan aku. tak buat shoutbox kat tepi. :P

zaty luvlianncezzz said...

bwat sndiri ke puisi nie?

nice

Hafizatul Asyrah said...

@fairuzhani

yeahhh bagus2 .. nampak comel di tepi tapi banyak hal nak kena adjust nanti .. takbleh3 !

;)

Hafizatul Asyrah said...

@zaty luvlianncezzz

yupp . sendiri bikin punya .
tak der cetak , copy paste dari sesaper . :)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

nak angpow gak...
hehehe...

Hafizatul Asyrah said...

@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫

tak der malasah ..
pergi rumh org cina buat muka manis . confirm dia kasi angpow punya !

;)

little cart00n said...

i love that poetry! :)

Hafizatul Asyrah said...

@little cart00n

thanks dear !
;)

bella luna said...

buat sendiri ke puisi ni.. sgt menarik...

Hafizatul Asyrah said...

@bella luna

yupp . sendiri bikin .
thanks ! ;)

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)