Friday, January 20, 2012

Hello Sayang , I'm Home !

Asalamualaikum w.b.t buat semua pembaca . 

Ehemm . Alhamdulillah , Eyza masih dipinjamkan oksigen untuk disedut setiap hari . Bersyukur sangat sebab dapat 'keluar' kejap dari Kem PLKN Guar Chenderai atau nama glamour yang Eyza create sendiri KLGC . Dah balik rumah nih , serius rindu nak balik kem semula . 

Kehidupan baru . Suasana baru . Minggu first berjalan lancar bagi Eyza . Even , minggu first tuh dah macam kena shock sikit sebab tak biasa . Tapi , twist-kan fikiran semula . Cuba berfikiran positif where ever I am . Berfikir semula , mungkin itu tempat terbaik untuk Eyza . 

Saya nak senyum seperti ini boleh ? 

Pengalaman ketika minggu pertama memang 'mengerikan' . Serius , asyik fikir nak balik jer . Buat aktiviti teruk sikit , bising dalam dorm nak balik . Heshhh , macam tak biasa dengan tempat macam tuh . Padahal , dah ada pengalaman per jauh dari family nih kan sebab masuk asrama dulu . :P


Hari berlalu dengan pantas . 3 minggu dah berlalu . Sedar tak sedar , dah ramai kawan baru yang dah Eyza kenali dari pelbagai negeri , bangsa dan agama . Macam-macam jenis karenah . Friendly . Diorang terima Eyza yang tak sempurna nih seadanya . Terima kasih , Allah :)

KLGC Di Hati !

Kenangan demi kenangan semakin hari semakin terukir di KLGC . Bila balik cuti macam nih , serius teringat nak gi kawad , perbarisan , physical training , masuk kelas untuk CB , berjalan ke surau dan beratur ambil makanan . Inilah manusia , bila depan mata buat derk , bila dah takdak sibuk nak rindu2 . :|

Malas la pulak nak menaip panjang-panjang . Eyza nak share sikit pasal KLGC . Tengok video nih yer !

Tentang Kita - Kem PLKN Guar Chenderai

Tuh lah serba sedikit pasal kem PLKN yang Eyza lalui setiap hari . Itulah tempat terbaik yang bakal meninggalkan pelbagai memori dalam diri Eyza . Tempat berlakunya perubahan secara total dalam diri Eyza. Pheww , the new me starts there !
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui. " (Surah Al-Baqarah ayat 216)
Bertemankan kawan-kawan baru , mari kita ubah diri sendiri . Jangan pernah mengalah dalam pertempuran . Jangan pernah menyerah sebelum bertanding . Go PLKN's Go ! We are the best !! =)


Salam sayang untuk semua ,
Eyza .

4 serangan:

Anonymous said...

dulu tak dapat pon PLKN . lagi bagus sebab kite takutt duk tempat macam tu :p

Hafizatul Asyrah said...

@~♥ Mawar ♥~

takut ke tak ker tetap kena beranikan diri .. masuk hutan nih bahaya skit .. kena beringat byk2 .. hehe , tersilap langkah habis ler .. :D

thanks ! ;)

Unknown said...

Salam... Pandai awak edit gambar yer... bila nak ajar sy plak???

Hafizatul Asyrah said...

@Ismawati Omar

tggu ehhh.. :)
thanks ! ;)

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)