Saturday, December 31, 2011

2012 Tak Sabar Nak Membuka Tirai

Asalamualaikum w.b.t buat semua pembaca .

Hari terakhir tangan ini menari-nari di draft Blogger pada tahun ini . Hidup sudah kembali biasa . Eyza dah jadi budak selamber semula sebab nak kena tinggalkan blog nih lagi . Aiyokk . Back to the top please ? :D


Sekarang nih , kalau berblogwalking di setiap blog , confirm bercerita pasal 2012 . So how ? Blog nih pun nak jugak ker ? Heheh , for sure nak menyibuk jugak sebab lepas nih dia akan menyepi lama kowt sebab tuan empunya blog nak gi PLKN .


Jangan risau eh . Nanti bila balik dari PLKN , akan Eyza update blog nih yer . Masih dalam perancangan untuk membuka blogshop sebagai mengisi masa lapang selepas 'bersara' dari PLKN tersebut . Tehee , perancangan strategi masa depan nih . Nak kumpul duit masuk universiti . =)

Tahun 2011 nih penuh dengan memori bagi Eyza . Tak kira sama ada suka mahupun duka . Tahun nih jugak Eyza lebih mengenali erti kehidupan yang sebenar . Bab cinta ilmu pun dah Eyza pelajari . Tertengok semula fail yang berisi sijil graduasi sekolah . 


Dah expired date dah Eyza 'bekerja' sebagai pelajar di sekolah . Dalam sijil tuh tertera 31.Disember. Hari nih secara rasminya , Eyza telah menamatkan pengajian Tingkatan 5 . Apa boleh buat , sekolah cakap pergi, PLKN GC panggil datang la pulak!! *Apahal la diorang nih sayang sangat kat I nih??

Since dapat perangai Mail dalam cerita Upin Ipin , Eyza sendiri dah terikut perangai dia . Gi jual buku lepas habis sekolah . Muahaha! Buku-buku latihan semua ingat nak jual saja . Bisnes ooo dapat duit . Tehee , sejak bila Eyza jadi mata duitan ? :P
Tak der benda sebenarnya Eyza nak beritahu . Cuma , disebabkan Eyza nak tinggalkan dunia teknologi ini selama 3 bulan mungkin , ada benda la jugak nak ditinggalkan supaya korang tak sunyi nak membaca . :) Here we go !

7 Rahsia Bersahabat Kerana ALLAH
1. Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya.
Nabi SAW telah bersabda : “Jika seseorang kasih kepada seseorang , maka hendakLah dia memberitahu temannya.” 
~ HR Abu Daud 
2. Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.
Nabi SAW bersabda : 
” Setiap hamba yang muslim yang mendoakan saudaranya seIslam tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan Malaikat dengan berkata :
“Engkau juga akan mendapat seumpamanya.”
~ HR Muslim
3. Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya.” Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun, sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria. “
~ HR Muslim 
4. Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya.
Nabi SAW bersabda :
” Setiap dua orang Islam yang berjumpa serta bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah. “
~ HR Abu Daud
5. Amalan ziarah-menziarahi
Nabi SAW bersabda: ” Hendaklah kamu menziarahi sesekali, nescaya akan menambah kasih sayang di antara kamu.”
6. Memberi Hadiah
Nabi SAW bersabda : ” Hendaklah kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan berkasih sayang. “
~ HR Thabrani
7. Membantu sahabat-sahabatnya yang dalam kesusahan.
Nabi SAW berpesan : ” Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beri’tikaf selama dua bulan.”
Akan Eyza guna untuk berkenalan dengan 'orang baru' . Ekeke , hope takder masalah dengan sesiapa di sana . Kita kan kawan ? 3 bulan spend time ber'honeymoon' bersama-sama ohh. Jangan buat main tau . Orang lain habis bosan landing kat rumah , kita bekerja untuk negara ! =) *We are the best champion !!


Type punya type dah lewat petang . Ngee , syukur Alhamdulillah dapat merasa nikmat petang . Malam nih mungkin dah start packing barang untuk PLKN . Excited ? Mungkin lah . Ada lagi barang yang terlupa nak borong kelmarin . Adoiiii!


Apa-apa pun , doakan Eyza selamat pergi dan balik supaya korang dapat baca entry seterusnya mengenai PLKN . Hihihi , tak der lah . Eyza harap sangat kita dapat berkongsi maklumat selepas Eyza free nanti . Mesti banyak benda nak di'report' kat blog nih kan ? :)

Tahun Baru Masihi nih Eyza harap tak der la yang menyambut melebih-lebih eh . Berparti tak kena tempat ke apa pulak . Cukuplah tanamkan azam untuk menjadi umat yang lebih baik dan menambah ibadah kepada sang pencipta . Tahun Hijrah jangan lupa terus pulak !

Sampai sini sahaja pembaca tercinta :)
Salam sayang untuk semua !

0 serangan:

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)