Thursday, December 22, 2011

Buat Yang Tersenyum Bahagia Ketika Ini

Asalamualaikum w.b.t buat semua pembaca . 

Tersengih jer Eyza menaip pagi nih . How's world? Hari nih result PMR revealed . Buat adik-adik PMR 2011 , tahniah diucapkan . Sedikit pesanan untuk warga PMR 2011 selepas ini . Sebelum tuh , Eyza sempat sediakan cenderahati untuk adik2 PMR 2011 . MIahaha !


Sila berebut untuk mengambil cenderahati di atas ! :P

Teringat moment Eyza as student PMR 2009 dahulu . Masa ambil result memang mengasyikkan . Dalam hati berdebar-debar , Allah saja yang tahu . Serius , rasa macam-macam . Mimpi entah berapa kali dah sebelum ambil result . HIhihi kemain gitu kan ?

Hari nih pulak menjadi titik bersejarah bagi adik-adik yang ambil PMR . Ingatlah wahai adik-adikku , walau bagaimanapun keputusan itu , terimalah dengan redha . Itulah yang mampu adik-adik hasilkan . Berjaya atau tidak , letak ke tepi . Even dapat teruk sekalipun , tingkatan 4 sure korang akan tempuh juga . Tak der istilah diberhentikan sekolah sebab result PMR teruk ok ? 
Allah S.W.T berfirman :
"Dan sungguh akan kami  berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar". (Al- Baqarah : 155)

Yang dapat result tiptop tuh jugak , jangan excited sangat eh . SPM confirm ker boleh copy result tuh semula ? Semestinya setiap sudut kehidupan anda berubah 360 darjah bila menginjak ke tingkatan 4 . Percayalah ! *Cabaran dari lepasan pelajar sekolah.

Ingatlah jugak , setiap kejayaan yang korang dapat hari nih hasil titik peluh guru-guru dan doa daripada ibu bapa . Jangan nak bangga diri sangat kalau dah pegang slip peperiksaan yang tertera 9A , 8A mahupun 7A . Ingatlah dari mana kita bermula dengan bantuan siapa-siapa di belakang kita . 

"Kejayaan hari ini merupakan permulaan bagi kancah kehidupan pada masa akan datang .
Sabda Rasulullah s.a.w, ‘Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.’ (Riwayat Abu Daud)."
 Ingat yer adik-adik sekalian , walau bagaimanapun keputusan itu , terimalah . Jangan terlalu sedih dan jangan terlalu gembira . Bersyukurlah kerana usaha-usaha sebelum ini tidak sia-sia . Allah itu Maha Adil .. Bila kita berusaha , Dia akan balas sebaik-baiknya . 

Senyumlah sayang walapun perit untuk kau lakukan. 

Apa yang nak cakap lagi eh ? 

Result SMKAP  terbaik tahun ini . Melonjak hebat dari tahun sebelum-sebelumnya . Alhamdulillah , berkat usaha pelajar-pelajar dan guru-guru . Fuhhh , tahun kitorang tak sehebat batch-batch ini tapi tak apa. Let we see SPM 2011 pulak apa cerita eh ? Terasa diri ini terlalu rendah nak terlibat sekali ! :D

Melihat kegagalan daripada sudut pandang positif menjadi nadi utama kebangkitan orang hebat. Biarpun terkesan emosinya, kuasa positif nyata lebih dominan untuk melonjak kembali semangat mereka untuk terus berusaha menggapai impian mereka.
Berbanding orang biasa yang melihat kegagalan sebagai penamat kepada segala usaha mereka selama ini. Merasakan segalanya sudah musnah, mereka seakan takut untuk bangun kembali.

Buat tiga sahabat ini yang berjaya menempuh PMR 2011 sebaik-baiknya :
Afiqah , Fatin dan Syazwani 
Tahniah atas keputusan yang anda perolehi . Setiap usaha itu tidak akan dibalas dengan sia-sia kerana Dia tahu apa yang kalian lakukan . Bersyukurlah dengan kegembiraan yang dipinjamkan oleh-Nya hari ini untuk kalian . Bahagiakanlah ibu bapa kamu dengan apa yang kamu perolehi hari ini . Jadilah anak yang baik dan pilihlah hala tuju yang betul agar kamu semua tidak menyesal pada masa akan datang . Seorang guru akan tersenyum gembira melihat keputusan pelajar-pelajarnya yang cemerlang . Tahniah daripada seorang 'guru' biasa . =)

Apa-apa pun , tahniah untuk adik-adik sekalian . Selamat menempuh ujian pada tahun hadapan . Hihihi , buatlah pilihan terbaik untuk haluan hidup yang bakal ditempuh seumur hidup . Check semula apa yang kita mampu sebelum membuat pilihan aliran di Tingkatan 4 . 

Sampai sini sahaja untuk hari ini . 
Salam sayang untuk semua pembaca . 

0 serangan:

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)