Sunday, June 20, 2010

Asrama .



Asalamualaikum w.b.t buat semua pembaca .

Warkah dilahirkan untuk semua buat kali terakhirnya . Maybe nih lah last entry untuk hari terakhir cuti semester nih . Petang japgi Eyza dah nak check in buat kali pertamanya secara terus di hostel SMKAPPS . * Sedihnyaaa !



Kelmarin pergi membeli - belah barang2 nak masuk hostel kat CMart lepas makan kenduri . Tapi sebelum tuh , pergi rumah TokWan dulu kat Kodiang . Hehe tengok baby baru MakNdak iaitu Aliesa Fatihah . Comel ! Eyza pegang la si kecil nih aduhaii xreti ! Terkial-kial buat pertama kalinya tapi lepas dah pegang lama2 rasa tak mau lepas . * Malu2 ayam pulak !

Minggu nih , EYza menghabiskan masa dengan settlekan barang2 nak kena prepare untuk masuk hostel seperti Baldi , Gayung , Sabun , Syampu dan Selipar . Hehe barang2 nih first session punya beli . Kelmarin beli lagi benda lain pulak . * Pantang shopping budak nih !

Hari nih Hari Bapa dan Hari nih jugak Eyza akan tinggalkan Abah Eyza . Abah , I Love You lah ! First time nak tinggalkan family dalam jangka masa yang lama . 2 minggu pulak baru balik . Hehe anak manja betul! Tapi terimalah kenyataan . Memang susah nak tinggalkan family kan ? Ekeke sebelum nih tinggal 2 hingga 3 hari ja . Ohh rindu family nanti .. * Malam2 nangis kat tepi katil nehh !

Hehe Kak Zila @ Penyelia Asrama call hari Rabu . Huu bagitau nak kena masuk dorm mana dan kena bayar berapa . Ohh man ! Tapi perkara biasa la tuh . Geng Asrama Eyza , Is & Az kitorang stay bilik asing2 . Wekeke ingat nak dok blik sekali sebab boleh study tapi warden tak bagi . Tapi xpa .. * Macam xbleh jumpa langsung !!

Segala urusan kebangsaan Eyza kena tinggal . Ohh handphone masuk kotak . MP4 balut balik guna kertas balut hadiah . Novel lempar masuk dalam beg kertas . Itulah kehidupan baru mereka . Aduhaii .. Nak buat macam mana lagi ? Itulah sepatutnya dibuat sepanjang Eyza tak dak kat rumah .. So , jangan sedih2 ya sayang .. * Cehhh , bf pa cita ?? Lempar mana ??

Buatlah apa sahaja asalkan bahagia . Pilihlah jalan terbaik untuk diri sendiri . Harungilah segala dugaan demi masa hadapan . Hehe baik punya ! Ekeke tapi betul la kan ? Kalau kita tak berubah , macam mana nak berjaya & maju ke hadapan ? Itulah fakta yang sepatutnya dilakukan . * Ahli FalSamFah nih !!

Ok . Sampai sini saja . Mengarut lama2 pun tak best jugak . Ekeke . Goodbye yer. Lepas nih no more blogwalking or blogjogging ! ;) Jangan risau . Lepas nih kalau Eyza balik rumah , Eyza akan post entry . Tuh pun kalau sempat .. * Busy la ...



12.28 PM , 20.6.2010 ~

0 serangan:

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)