Saturday, January 21, 2012

Sedarlah Kita Ini Tidak Sempurna

Asalamualaikum w.b.t buat semua pembaca . 

Segenap hari yang bahagia . Walaupun angin bayu sejuk menampar hati , Eyza tetap teguh di sini walaupun hati ini terguris dan tersimbah bisa . Sabarlah , wahai hati ku sayang . Perjalanan masih jauh . Jihad itu bermula dengan sedetik langkah kerana-Nya . Sabarlah !

Menegakkan Islam itu satu kewajipan . Kadang-kadang kita sendiri lupa dengan tanggungjawab kita sebagai insan yang telah dilantik sebagai khalifah di muka bumi . Sekarang , orang terlalu mencari kesempurnaan seseorang berdasarkan luarannya . Bagaimana ini ?

Islam itu bermula dari hati yang suci dan redha dengan segalanya .


Orang kini senang menyerkap jarang . Yang salah tetap salah . Tak pernah berubah . Adilkah kita , seorang hamba yang hina menghukum saudaranya yang lain ? Keadilan itu terletak kepada sang pencipta . Al-'Adlu . Serahkan segalanya kepada Dia . 
"Itulah hukum-hukum Allah, Maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al Baqarah : Ayat 229)
Adakah kita sedar kejadian kita yang sebenar ?

Dalam hati kecil ini , Eyza terfikirkan orang mualaf . Sucinya mereka . Hati itu sudah dipinjamkan hidayah taufik , hidayah tertinggi sekali . Untunglah ! Bukan senang pintu hati terbuka untuk menerima hidayah Allah . Sungguh , hanya Dia yang mampu memberikannya . 

Terbaca kisah yang satu ini , di blog seorang blogger ternama . Terbuka pulak hati nak menulis cerita sebegini rupa . Terasa diri kecil ini pernah melakukan kesilapan pada suatu masa dahulu . Kesilapan itu masih mekar di hati mereka yang terkena . Ya Allah , ampunkan aku !


Eyza terpegun membaca reaksi penyelesaian yang diberi oleh Farid Rashidi . Ini dia . 
Untuk adik, kamu masih muda. Kamu dihinakan seperti jalan cerita kisah hidup saya. Percayalah, sebenarnya itu bukan titik noktah dalam kehidupan kamu. Paling penting, jangan sesekali kamu mengalah saat tersisih. Kerana putus asa itu adalah permulaan untuk kamu kalah selama-lamanya.
 Cuba pasakkan dalam diri, bahawa ini semua adalah ujian Allah Ta’ala. Positifkan diri, bahawa kita ada Allah untuk mendengar rintihan qalbu. Dan, kita mesti selalu ingat bahawa dalam dunia ini masih ramai lagi insan yang ditimpakan masalah berat-berat. Malah ada di kalangan mereka berjaya menjadi manusia sejati hasil ujian-ujian yang diterima.
 Adakah kita sedar Islam itu sepatutnya bermula dari hati ?

Kuatkan hati . Jangan mudah mengikut hawa hati . Sesungguhnya kita bukanlah insan yang sempurna untuk menghukum dan menghina orang lain . Kita sama . Kita saudara . Kita akan tetap bersama satu masa yang bakal tiba !

Salam sayang untuk semua , 
Eyza .

4 serangan:

Unknown said...

sangat menarik...apa erti menganut ISLAM andai Islam tidak diletakkan di tempat pertama dalam melakukan setiap sesuatu~wallahu ta'ala a'lam

Hafizatul Asyrah said...

@eeiyss

betul tuh .. tapi , kita hnya manusia biasa .. tak sehebat keimanan Rasullah yang teguh menegakkan Islam .. Semoga Allah memberkati setiap jihad yg kita ingin lakukan!

syukran ! ;)

Anonymous said...

nice entri.
banyak pengajaran dapat. :)

Hafizatul Asyrah said...

@Ika

thanks ! ;)

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)