Saturday, December 11, 2010

Alahai Kulit

Asalamualaikum w.b.t buat semua pembaca . 

Pagi nih hujan yang sedang2 renyai membasahi bumi Perlis . Ketegangan umpama memakai botox di muka ku nih entah siapa yang tahu . Hanya Eyza jer yg tahu betapa seksanya bila muka mula buat hal macam nih . Adoiila !! 

Di sini Eyza mengumumkan , Eyza tengah 'sakit' nih yer . Muka mengelupas dan tegang . Aiyakk ! Memang teruk benor ehh keadaan muka nih . Dah macam pontianak la kowt . Ditambah dengan tompok2 pulak sebab mengelupas tuh . Entah apa sebabnya , Eyza sendiri tak pasti . Sedangkan Eyza tak pakai pencuci muka apa2 pun sejak keluar dari hostel . -.-

Eyza sendiri gerun tengok muka sendiri . Nak berdepan dengan orang pun rasa malu dengan muka yang mengelupas hampir 98% nih .. Ya Allah , ujian apa kah ini ?? Tapi tak per . Biasalah nih . Anggap jer lah macam tak dak apa2 jadi . Huhu saja nak menenangkan hati sendiri kowt . 



Huuh nak show gambar pun Eyza tak berani . Tak payah la tengok yer ? Eyza nak mintak korang2 yang tahu , kasi la tips skit macam mana nak jaga kulit mengelupas nih yer ? Komen entry nih kalo korang tahu . Kasihanilah diriku yang sedang menderita ini yaw ! :(

Sebelum tuh , kelmarin Eyza pergi jalan2 satu Perlis . Fuhhh serius tak percaya , banyak gila tempat yang Eyza tak pernah pergi . Ngee dah dok Perlis berkurun lamanya tak habis ronda lagi kan ? Heheh ! Apa2 pun terima kasih buat Encik Driver yg sudi membawa Eyza , Alon dan Sarah iaitu Abang Asyraf yer ! ;)

Di samping itu , bersaksikan Stadium Utama Kangar , Perlis , Eyza dah bleh drive kereta wehh ! Haha . Macam hampeh jer .. Itu pun nak gitau kan ? Tapi serius , memang best sangat bila dapat bawak kereta buat pertama kalinya . Petang nih nak ajak Abah pulak pergi ajar buat 'drift' kat stadium . ;)


Eyza try drive guna kereta Kancil jer . Hehe ! Gipun , nanti bila nak amik lesen pun guna kereta Kancil jugak masa nak belajar kan ? Yeahh so simple dan senang lah nak lepas sebab dah biasa . Huhu apa2 pun tak sabar rasanya nak pegang stereng kereta lagi . Ngee ~

Rasanya sampai sini jer kot . Eyza agak busy sikit sejak akhir-akhir nih sebab sepupu Eyza dari Terengganu balik sini . Yeay ! Boleh berdansa bersama - sama . Tehee . Berdansa sambil study Add M3 semalam memang membuatkan otakku jadi 'bijak' jer bab2 Add M3 ! Alhamdullillah :)

Sampai sini saja . 11.12.2010 , 11.50 AM ~

p/s : Kelmarin pergi topup RM10 lagi kat 7Eleven sebelum pergi jalan2 . Tehee . Jom study Add M3 lagi malam nih yer . ;)

0 serangan:

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)