Tuesday, April 17, 2012

Taqwa Tidak Boleh Dipindah Milik

Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca . 

Apa khabar hati hari ini ? Ada yang baru putus cinta dengan kekasih hati masing-masing tak ? Diharap jangan ada yang buat cubaan berani mati pergi terjun bangunan nak bunuh diri yer . Dosa besar yer kawan-kawan bila bunuh diri nih . Nyawa kita hanya Allah yang mampu mengambilnya . =)

Hari yang penuh sinar ini Eyza nak berkongsi mengenai taqwa . Sila jujur yer . Taqwa itu apa sebenarnya ? Eyza sendiri tak tahu . Tak tahu sebelum mumaiyiz dahulu la . Sekarang , Alhamdulillah setelah diberi didikan oleh Mama n Abah yang dikasihi serta guru-guru sekolah yang disayangi . 

Usratul Sakinah 


Menurut istilah syarak , taqwa membawa maksud menjaga dan memelihara diri dari seksa dan murka Allah Ta'ala dengan melaksanakan perintah-perintahNya, taat kepadaNya dan menjauhi larangan-laranganNya serta menjauhi perbuatan maksiat .

Kalau istilah budak-budak , taqwa nih bermaksud takut kepada Allah dengan menjalankan perintah-perintahNya beserta amar makruf nahi mungkar . Sure ramai yang tahu macam nih kan ? Hehehe . Klik sini untuk mengenali taqwa lebih dalam . 
Allah telah berfirman : "Allah menyediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya. Maka bertaqwalah kepada Allah kepada wahai orang yang berakal sempurna dari kalangan orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu peringatan" [Surah Al-Thalaq , Ayat 10]
 Taqwa hanya kita sendiri yang mampu mengubahnya . Setiap orang telah diberikan taqwa tersebut di dalam hati . Kita yang mampu mencorakkannya sama ada hendak menjaganya atau tidak . Terpulang kepada iman di jiwa bagi memandu diri ke arah mana .

Mata menzahirkan segala-galanya yang tersembunyi.
Bertaqwalah ketika berbicara, kerana Dia pasti menguji apa yang kita kata. Bertaqwalah ketika melakar tinta, kerana Dia akan menguji segala yang dicoret oleh pena. Bertaqwalah ketika menghubungkan persaudaraan, kerana Dia akan menguji ketulusan ukhuwah yang dibina. Bertaqwalah ketika memberi, kerana Dia akan menguji keikhlasan hati Bertaqwalah ketika menerima, kerana Dia berhak untuk mengambilnya semula. Bertaqwalah ketika meniti kehidupan, kerana Dia mengamati dan menilai setiap perbuatan. Bertaqwalah ketika ditegur atau dikritik menguris rasa, kerana Dia sedang menguji kerendahan jiwa. Bertaqwalah kepada-Nya, kerana kamu adalah hamba!
Dipetik daripada Mari Berkongsi Ilmu[MBI]


Sampai di sini sahaja buat semua pembaca .
Sekian , terima kasih .
Eyza @ Hafizatul Asyrah bt. Zulkhairi 


p/s : It's hard to tell that I really keep miss you so much 

0 serangan:

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)