Friday, May 4, 2012

Biar Mimpi Sampai Ke Bintang

Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca.

Bercerita mengenai mimpi di hari yang penuh keberkatan ini . Hemm, mimpi itu apa ? Mainan tidur. Bisikan syaitan. MasyaAllah, begitu pun ada . Kadang-kadang mimpi itu tepat terjadi kepada kita . Wah, naluri hati anda sangat kuat sehingga diberi petunjuk sebegitu ! 

Dalam konteks Islam sendiri , mimpi merupakan alamat atau maksud tertentu dan hanya orang yang arif sahaja boleh menakwil mimpi tersebut. Hal berkaitan mimpi juga ada diceritakan di dalam al-Quran di dalam kisah Nabi Yusuf a.s. 

Izinkan saya bermimpi syurga , Ya Allah ..

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-36 yang bersidang pada 15 Dec 1994 telah membincangkan Mimpi Dari Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1. Mimpi seorang nabi dan rasul adalah wahyu yang menjadi hukum adalah benar.
2. Mimpi orang ramai di zaman Rasulullah S.A.W. seperti melihat Baginda dalam tidur menyamai melihat Rasulullah S.A.W. dalam masa jaga adalah khusus di zaman semasa Baginda masih hidup.
3. Mimpi orang Islam selepas wafat Rasulullah S.A.W. maka ia akan berjumpa di akhirat nanti dan akan mendapat syafaat Rasulullah S.A.W.
4. Mimpi orang Islam ada tiga peringkat, peringkat pertama bisikan jiwa, yang kedua godaan syaitan dan yang ketiga ialah mimpi khabar gembira dari Allah S.W.T. Mimpi orang bukan Islam adalah ditolak.
5. Mimpi orang awam bukan hujah terhadap satu hukum atau berita atau satu kenyataan.
Kita orang awam seperti no 5. Mimpi yang menjadi 'petunjuk' dan angan-angan . Jangan pergi di JAKIM pulak eh. Seandainya , mimpi kita itu baik, ingatlah itu hint bagi sesuatu perkara yang ditakdirkan untuk kita pada masa akan datang . =)

Sesungguhnya Dia yang memberi pilihan terbaik untuk kita !

Eyza nak share sikit 9 Mimpi Rasullah . Renung-renungkan dan selamat membaca dengan mata hati !

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH S.W.T. lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang – benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH S.W.T. lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH S.A.W. : “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”
Sampai sini sahaja .
Sekian, terima kasih. 
Eyza @ Hafizatul Asyrah .

p/s :  How can one consider themself lonely when Allah(swt) is his guardian?  

8 serangan:

Atiqa_Wahid said...

Allah... Sempurna sangat Nabi Muhammad.

Atiqa_Wahid said...

Mulia sungguh peribadi Nabi Muhammad.

zulhilmi tempoyak said...

pernah baca dulu bagaimana kita nak mimpi Rasullah.. sebenarnya kita kena setiap masa ingatkn baginda InsyaAllah dpt mmpi baginda. itu baru mimpi, klu dpt jmpk bgaimanalah perasaan kita kn..huhu

Hafizatul Asyrah said...

@Atiqa_Wahid

ya.. Nabi Muhammad memang ciptaan sempurna .. :)

thanks ! ;)

Hafizatul Asyrah said...

@Atiqa_Wahid

yaa.. sebab tuh dia sebaik-baik contoh untuk kita.. :)

thanks ! ;)

Hafizatul Asyrah said...

@zulhilmi tempoyak

ya.. beruntunglah kalau kita dapat diberi syafaat daripada Rasullah di akhirat kelak..
i.Allah :)

thanks ! ;)

jia creatifelt said...

Good info..tq

Hafizatul Asyrah said...

@jia creatifelt

welcome :)

thanks ! ;)

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)