Thursday, April 12, 2012

Kadang-Kadang Sindiran Itu Menyakitkan

Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca . 

Terbaca status kawan-kawan di Facebook . Masih mengimbau tentang Tsunami . Balasan daripada Allah untuk menyedarkan kita . Di sebalik balasan itu , ada lagi yang mencuba untuk menyakitkan orang lain . Sungguh , hati kecil ini tersentuh bila terbaca beberapa status daripada  kawan-kawan .

Eleh, touching lettew!!

Status berbunyi seperti berikut :


‎"Kenapa perlu takut dengan amaran Tsunami yang dikeluarkan? Bukan ke kau tak takut langgar perintah Allah dgn tak solat & tak tutup aurat ?"

" kenapa sekarang baru terhegeh2 nak bertaubat? kenapa? takut sebab Tsunami? kenapa tak takut sebab ALLAH? 

Kalau tetiba jabatan meteOrologi umum "tidak ada sebarang bencana tsunami bakal berlaku selepas ini" agaknya simpan balik ke kopiah, telekung, quran, sejadah, tasbih dalam (almari)? agaknya solat sunat dan doa lagi ke KITA macam PELBAGAI doa yang kita dok post di FB sana SINI? Renungan bersama, PAKAT PIKIQ LA NO.....

"Haa tsunami tak jadi buat perangai binatang balik,insaf la konon."

ZzZzZZz , bila dh gempa bumi , tsunami , ribut , bru la nk 'TADAH' tangan memohon keampunan kpada yg esa , = ="

Sebelum tuh , Eyza menghulurkan sepuluh jari seandainya ayat di atas merupakan apa yang telah anda post sebagai status anda . Maaf yer ? Bukan untuk memalukan atau mengaibkan sesiapa . Diharap, tiada tindakan undang-undang Media diambil . :D *Sila main2 lagi wahai Cik Hafizatul Asyrah!!

Eyza nak share dengan korang mengenai teguran salah seorang kawan Eyza di Facebook . Sungguh berhikmah sekali . Eyza kagumi cara menegur sebegini . Tak hairanlah kalau setiap kali post status beliau di-like beribu-ribu orang . =)

Ini teguran yang membina tersebut :
Boleh saya tegur sikit? Antara sikap buruk yang perlu diperbaiki:-
1. Bila terjadi musibah yakni berupa amaran dari Tuhan (cth macam kes gempa n amaran tsunami), tolonglah jangan jadi orang yang menyindir sahabat-sahabat yang 'baru' nak ingat kat Allah. Memang Allah datangkan amaranNya untuk pakat-pakat ingat pada Allah. So, please jangan kita pula pandai-pandai nak ejek orang yang nak ingat pada Allah dalam situasi macam ni. Kita pula macam tak ingat Allah bila menyindir orang yang nak ingat Allah. 
Dah banyak ayat Al-Quran berupa sindiran untuk mengingatkan. Lebih baik anda quote ayat al-Quran dan bagi pada mereka jika betul nak mengingatkan. 
Tapi tak perlulah sampai kita pula nak ejek orang yang baru ter'sedar'. Alhamdulillah dia sedar. Doakan agar sentiasa jadi orang yang 'sedar'.
2. Tak salah dan bagus untuk alert dengan terus berdoa dan solat hajat dalam tempoh terdekat ni walaupun tsunami dijangkakan tidak berlaku. Berlaku atau tidak, setkan dalam diri perlu berwaspada bergantung harap pada Allah 24 jam. Jangan pula bila tahu je tsunami takkan berlaku, terus sambung lagha balik. Alpa balik siap ajak kawan pergi karaoke (sbg cth). Teruskan jadi orang yang 'sedar'. Lekas bertaubat.
"Astaghfirullahaladzim"
Dipetik daripada Syabab Musafir Kasih @ FB

Dakwah mestilah dijalankan dengan berhikmah supaya orang lain mampu menerimanya dengan hati yang terbuka .


Maaf seandainya ada yang menyakitkan hati anda juga . Kadang-kadang , kita tersalah cakap dalam mengukur peribadi seseorang . Terlanjur perahu boleh diundur , terlanjur kata badan binasa .

Sampai sini sahaja buat semua pembaca.
Sekian , terima kasih .
Eyza @ Hafizatul Asyrah


p/s: You can be who you are because you're wonders to be who you are !

2 serangan:

Anonymous said...

ya betul. dalam bidang yang saya belajar skarang. dah diberi garis2 panduan utk berdakwah.

berdakwah tak kira tempat di mana mana. asalkan perlu berhikmah dan beradab.

kalau menegur secara kasar begitu, makin ramai lari jauh menyimpang dari mencari Allah.

terima kasih. berkongsi benda sama sperti saudari :)

Hafizatul Asyrah said...

@Seri Ayu

yaa.. kadang-kadang cara berdakwah itu sendiri mempengaruhi pemikiran orang sekeliling ..
bila kita terus menyindir, menyebabkan orang yang baru nak berubah patah semangat untuk berubah ke jalan kebaikan ..
semoga Allah memberkati perkongsian ini ! :)

thanks ! ;)

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)