Wednesday, April 11, 2012

Itu Tanda Kita Perlu Beringat !

Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca . 

Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w . Hati nih bergetar seribu sebaik mendapat tahu berita petang tadi . Sungguh , Eyza tak jangka yang bakal berlaku gegaran @ gempa bumi di Acheh buat kedua kalinya . What happen to our community of Islam there ?

Zoom untuk pembesaran yang jelas . 
"Musibah yang mendekatkan kita kepada Allah lebih baik daripada kemudahan yang menjauhkan (membuat lupa) kita dari-Nya." ~ Ibnul Qayyim rahimahullah

 Diharap dengan musibah yang Allah turunkan ini , kita dapat menginsafkan diri masing-masing . Kuatkan benteng keimanan dalam diri dengan sentiasa bertahmid dan berzikir terhadap pencipta . Kita hanya manusia lemah yang tidak tahu apa perancangan masa seterusnya . Kunfayakun!


Tsunami sudah melanda Pulau Simeulu dengan ketinggian 6 meter. Kelajuan ombak selepas gempa bumi yang akan melanda bandar Aceh sebentar lagi adalah 756 km/j. Bekalan elektrik dilaporkan sudah terputus di seluruh Bandar Aceh. Bandar Aceh dilaporkan terputus hubungan komunikasi dengan dunia luar.
[TERKINI] Gempa susulan dengan kekuatan 8.8 skala Richter kembali menggoncang Pulau Sumatera. Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) menyebut, ia terjadi pukul 17.43 Waktu Indonesia Barat.
Gempa terjadi di Bengkulu, Lampung, Nangroe Aceh Darussalam, Sumatera Barat, dan Sumatera Utara. Kedalaman 10 kilometer. Masyarakat diminta meninggalkan daerah pantai. Menuju ke tempat lebih tinggi. Gempa yang terjadi sebelum ini adalah lebih rendah iaitu 8.5 SR.
Gempa juga menyebabkan bekalan elektrik terputus. Siren berbunyi, dan suara azan bergema di mana-mana.
Sumber maklumat daripada Mutiara Hati

Dengan ini , marilah kita bersama-sama menadah tangan berdoa supaya kita diberi keselamatan dan kesejahteraan tidak kira di mana sahaja kita berada . Selamatkan umat-umat Islam yang berada di setiap pelusuk dunia . Ingatlah , tiada yang lebih hebat selain Dia yang Maha Esa .
“Maka apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di malam hari di waktu mereka sedang tidur? Atau apakah penduduk negeri-negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka di waktu matahari sepenggalahan naik ketika mereka sedang bermain? Maka apakah mereka merasa aman dari azab Allah (yang tidak terduga-duga)? Tiada yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang merugi.” (QS. Al A’raf: 97-99)
 “Tidaklah bumi bergoncang kecuali kerana ada maksiat-maksiat yg dilakukan di atasnya.. Bumi gemetar kerana takut Allah melihatnya”




Sampai di sini sahaja .
Sekian , terima kasih . 
Eyza @ Hafizatul Asyrah

p/s :  May God bless all the Muslim in whole world !

2 serangan:

Anonymous said...

subhanallah...orang-orang beriman perlu segera mengambil pelajaran...

Hafizatul Asyrah said...

@Anonymous

sesungguhnya Allah telah mula menurunkan azab sebagai peringatan kepada kita .. kita hanya mengendahkannya .. masyaAllah..
Semoga Allah membuka hati kita untuk ke pangkal jalan yg benar..
thanks ! ;)

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)