Friday, March 23, 2012

Selangkah Ke Universiti Bukannya Mudah

Asalamualaikum w.b.t buat semua pembaca . 

Menari lagi si jemari di papan kekunci . Sadis sungguh hari nih . Eyza sendiri tak pasti apa yang dah jadi dengan neutron dalam kepala . Semuanya menghantarkan impuls mengenai universiti . Serius , universiti punya hal membuatkan Eyza pening lalat , gelabah dan huru-hara . Aiyokk!
"Dan barangsiapa yang benar-benar  bertaqwa kepada Allah, akan diberikan kepadanya jalan keluar dan akan diberikannya rezeki yang tidak diduga-duga, dan barangsiapa bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.".. (QS At-Thalaq (65); 2-3)
Sumber : Google 


Sekarang dah siap isi UPU . Harap sangat permohonan Eyza tuh diterima oleh universiti yang menjadi pilihan Eyza . Based on result , memang Eyza ketepikan minat Eyza selama nih . Takpa , asalkan dapat futher study sudah . Tak nak tanam anggur kat belakang rumah . 

Mama yang arrange semua program pengajian untuk Eyza . Just follow what that she wants because I want to make she happy . Anak mana yang tak nak tengok parents dia tersenyum bahagia bila anak diorang melangkah ke menara gading ? 

Teringat kata-kata yang pernah dikatakan oleh bekas Pengetua SMKAPPs , Datin Hajah Ramlah bt Sudin @ Ummi macam nih :
Anak yang baik mendengar kata 
Ringkas tapi penuh maksud tersirat . Alahaii , rindunya kat Ummi . Lama pulak tak jumpa Ummi tuh . Macam nak jer jumpa Ummi nak ucapkan terima kasih sebab memberi semangat untuk Eyza satu masa dahulu . Sungguh , Eyza rindu Ummi !! =(

Yang patah tumbuh , yang hilang berganti . Takpalah , mari teruskan membaca .

Terima kasih untuk semua guru yang telah mengajar Eyza selama nih dengan penuh semangat dan kekuatan yang jitu . Sedih sebab tak dapat jumpa guru masa pergi sekolah kelmarin . Jumpa sebahagian sahaja . Terubat jugaklah rindu sikit kat sekolah tuh . Teheee .

Terima kasih atas jasa untuk mengajar si budak degil lagi kaki jalan macam Eyza . Mengaku la yang Eyza nih memang jenis suka berjalan keluar masuk bilik guru . Habis ler semua cikgu yang ada kat situ kenal Eyza . Susah jugak jenis 'peramah' tak kena tempat nih . Aiyakk ! Jatuh saham kalau ginih selalu . *Anak dara pinggitan?

A big thanks for my superduper idol :
Cikgu Norizan [BM] , Teacher Ismaizah [BI] , Cikgu Mohd Noor [Sejarah] , Cikgu Nasyrah [ Mathematics] , Ustaz Nasir [B.Arab Tinggi] , Sir Azizan [ Additional Mathematics ] , Cikgu Zubir [ Physics ] , Cikgu Aishah [ Chemistry ] , Teacher  Ismawati [ Biology ] , Ustazah Zainah [ P.Quran Sunnah] , dan Ustazah Aizatul Fitrah [ P. Syariah Islamiah ]

Sampai sini saja buat semua pembaca .
Sekian ,
Eyza .

2 serangan:

Rosmerah said...

gudluck dear Eyza :)

Hafizatul Asyrah said...

@Rosmerah

I hope so Kak Eifa..
thanks ! ;)

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)