Saturday, March 31, 2012

Bumi Hanya Satu Bukan Dua Atau Tiga

Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca . 

Apa khabar dunia ? Dunia yang semakin hari semakin berusia dan berdarah . Ramai ker malam nih yang 'meraikan' Earth Hour tutup lampu habis satu rumah dalam keadaan gelap-gelita ? Tak dinafikan , rumah Eyza jugak light off semua lampu gara-gara si adik Eyza yang bongsu tuh . Hihi , sesak jugak bila online Facebook tadi bercerita mengenai Earth Hour .

Encik Bumi yang hensem lagi berjasa , senyumlah sedikit =)

Bumi ini hanya satu . Kejadian langit dan bumi menunjukkan kekuasaan Allah . Dalam Al-Quran sendiri sudah termaktub mengenai kejadian langit dan bumi ini . Sesungguhnya , Allah itu sebaik-baik pencipta yang Maha Agung Lagi Bijaksana .


 "Dan Dialah menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah     perkataanNya diwaktu Dia menyatakan, Jadilah lalu terjadilah', dan  di tanganNyalah segala kekuasaaan diwaktu sangkakala ditiup. Dia  mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah yang Maha  Bijaksana lagi Maha Mengetahui"( Surah al Anaam: 73)
Kita hanya manusia lemah yang diciptakan olehNya . Kita datang dari keturunan tanah yang diciptakan oleh Nabi Adam a.s yang dipasangkan melalui tulang rusuk kirinya sendiri sehingga menghasilkan seorang bidadari syurga iaitu Hawa . Ingat sejarah mereka sehingga dilemparkan ke bumi kerana tunduk terhadap hasutan syaitan di syurga ? 

Di bumi ini , mereka dilemparkan . Bumi ini saksi penyatuan cinta dan kasih sayang mereka . Cinta dua hati yang sah datang dari syurga . Murni dan penuh kemuliaan . Hebatkan ? Susah senang mereka meredah segala anugerah Ilahi . Di bumi bermulanya erti sebuah kehidupan oleh penghuni yang pertama . 

Semuanya bermula di bumi . Sedangkan kita dilahirkan ke bumi ini jugak . Di bumi nih jugaklah pengakhiran nafas kita . Itu pun dengan izin Allah . Oleh itu , hargailah bumi kita . Melihat kepada penciptaan bumi ini , bersyukurlah kita kepada yang Maha Esa kerana telah mengurniakan kita nikmat yang sangat berharga nih . 


Illal liqa' , ma'a salamah =)
Sekian , 
Eyza@Hafizatul Asyrah

0 serangan:

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)