Thursday, March 22, 2012

Milik Dia Jadi Terimalah Seadanya

Asalamualaikum w.b.t buat semua pembaca . 

Petang yang indah berhiaskan matahari memancar mengiringi senyuman ini .Hari nih kalau tengok entry kawan-kawan blogger , majoriti masih bercerita pasal SPM . Teringat pulak entry nih . =)

Apa-apa pun , Eyza nak ucapkan nih untuk semua teman seperjuangan Eyza yang telah berjaya dalam mengharungi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2011 . This is for you all !

This is for all of you as a award from me =)


Kejayaan SPM ini sebenarnya langkah pertama bagi kita untuk menuju ke menara gading . Jika berjaya di sini , janganlah terlalu gembira kerana kegagalan akan menanti sekiranya kita lalai . Bagi yang tidak bernasib baik dalam SPM nih jugak , jangan terlalu kecewa kerana kejayaan akan menanti kita di jalan akan datang .
"Biar lemah dalam kalangan orang yang berilmu daripada lemah dalam golongan yang jahil,sekurangnya lemahmu akan ada yang akan membantumu untuk naik"
Bagi kawan-kawan yang kurang bernasib baik , ini untuk anda .. 
La tahzan fil imtihan , ya sodhiqi =)
Jangan Bersedih ,inilah jalan untuk bahagia
1. Sedarilah bahawa jika Anda tidak hidup hanya dalam batasan hari ini saja, maka akan terpecahlah fikiran Anda, akan kacau semua urusan, dan akan semakin menggunung kesedihan dan kegundahan diri Anda. Inilah makna sabda Rasulullah: “Jika pagi tiba, janganlah menunggu petang; dan jika petang tiba, janganlah menunggu hingga waktu pagi.”
2. Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi, kerana perhatian yang terpaku pada yang telah lewat dan selesai merupakan kebodohan dan kegilaan.
3.. Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di alam ghaib. Jangan fikirkan hingga ia datang dengan sendirinya.
4. Jangan mudah tergoncang oleh kritikan. Jadilah orang yang teguh pendirian, dan sedarilah bahawa kritikan itu akan mengangkat harga diri Anda setara dengan kritikan tersebut.
5. Beriman kepada Allah, dan beramal soleh adalah kehidupan yang baik dan bahagia.
6. Barangsiapa menginginkan ketenangan, keteduhan, dan kesenangan, maka dia harus berdzikir kepada Allah.
7. Hamba harus menyedari bahwa segala sesuatu berdasarkan ketentuan qadha’ dan qadar.
8. Jangan menunggu terima kasih dari orang lain.
9. Persiapkan diri Anda untuk menerima kemungkinan terburuk.
10. Kemungkinan yang terjadi itu ada baiknya untuk diri Anda.
11. Semua qadha’ bagi seorang muslim baik adanya.
12. Berfikirlah tentang nikmat, lalu bersyukurlah.
13. Anda dengan semua yang ada pada diri Anda sudah lebih banyak daripada yang dimiliki orang lain.
14. Yakinlah, dari waktu ke waktu selalu saja ada jalan keluar.
15. Yakinlah, dengan musibah hati akan tergerak untuk berdoa.
16. Musibah itu akan menajamkan nurani dan menguatkan hati.
17. Sesungguhnya setelah kesulitan itu akan ada kemudahan.
18. Jangan pernah hancur hanya kerana perkara-perkara yang remeh-temeh.
19. Sesungguhnya Rabb itu Maha Luas ampunan-Nya.
Khas untuk anda . Ingatlah , peluang ada di mana-mana dan bila-bila masa sahaja kita boleh menggapainya . Hehe .. Ehem.. Ehem.. Di sini Eyza nak umumkan jugak pasal result SPM Eyza . Mesti ada yang nak tahu kan ? :P  *Katakan tidak kepada statement itu!

Eyza bersyukur sangat result yang Eyza dapat tuh . Semua jenis gred yang ada , Eyza dapat . Alhamdulillah , takder gagal . Bagi universiti-universiti yang berkaitan , sila pastikan nama saya tersenarai sebagai mahasiswi di universiti anda . *Kalau tidak , gaban 20 !

Mari check kelayakan anda di sini !

Sampai sini sahaja untuk semua pembaca . 
Sekian ,
Eyza .

4 serangan:

Unknown said...

tahniah kepada yang berjaya,,yang kurang bernasib baik,,spm bukanlah penamatnya :)

Hafizatul Asyrah said...

@iszieylyanziy

yer betul tuh .. peluang masa depan masih panjang .. hanya kita yang mampu mengubahnya sama ada ingin terus brusaha atau sebaliknya .. :)

thanks ! ;)

athirah said...

tahniah :)
bersyukur dgn rezeki yg Allah bg tu dik
hmm, everything happens for a reason.

Hafizatul Asyrah said...

@fnaMaya

terima kasih kak :)
yupp.. Eyza redha n bersyukur dengan result tuh.. mujur still boleh back up untuk masuk u.. kira ok la ..

thanks ! ;)

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)