Saturday, March 26, 2011

Student SPM 2010 !! Baca nih ..

Asalamualaikum w.b.t buat semua pembaca .

Fuhh , lamanya tak update blog nih . Sorry yer korang tak dak cerita baru . Eyza agak busy nak buat design itu dan ini . Heheh , result exam First Year 2011 dah dapat . Aiyokk , agak teruk daripada prestasi tahun lepas . Tapi takpa ! Mid Year kena buat lebih daripada nih . :P *Tak bleh dapat banyak sangat awal-awal nih , kalau tidak nanti next exam dapat skit ! 

Sebelum terlambat , Eyza nak ucapkan Tahniah buat semua calon SPM 2010 sebab dah dapat result pada 23.Mac.2011 . Macam-macam adegan Eyza tengok . Aduhaii , macam mana lah Eyza pulak tahun depan nih erk ? Tak dapat bayangkan !

SPM ohh SPM !



Sila ambil banner tersebut jika anda pelajar SPM 2010 ok ? Heheh , saja nak kasi kenangan buat senior-senior Eyza . Miahaha . Tempekkan banner tersebut di page dan tinggalkan link blog korang di entry nih ya ? Huhuhu !

Macam-macam tanggapan orang terhadap SPM kan ? Sebenarnya , SPM nih merangkumi semua aspek . Dari sukatan Darjah 1 sampai ke Tingkatan 6 yer adik2 , kakak2 sekalian . 11 tahun masa diperuntukkan untuk kita menilai dan mencari ilmu yang berguna . 

SPM menunjukkan kefahaman kita sepanjang 11 tahun belajar . Heheh , kalau dah belajar tunggang-langgang , jawabnya result pun tunggang-langgang . Bagi Eyza sendiri , tak perlu salahkan orang lain kalau dapat result yang tidak memuaskan kita . Refleksi diri anda dengan cara berikut :

Aku study nih just untuk SPM ke untuk hidup ?
Kenapa aku kena ambil SPM nih ?
Cukup ke usaha aku 11 tahun nih ?
Apa yang aku belajar sebenarnya ? 
 

 Sila check diri anda sendiri . Ingat yer , tak dak orang yang kenal diri kita melainkan kita sendiri . Selalunya bila ada exam-exam macam nih , kita boleh menilai kebolehan diri sendiri . Sampai tahap mana sebenarnya diri kita . =)

SPM pengakhiran zaman persekolahan yang bakal dirindui !


Eyza dengar khabar hampir 9 ribu lebih cemerlang SPM . Fuhh , zaman dah berubah dunia dah maju ya ! Sekarang nih semua dah pandai-pandai belaka . Ditegaskan di sini , result SPM nih mungkin bercanggah dengan result PMR dan UPSR . Tak semestinya straight A's PMR , straight A's jugak SPM . *Jauh benor bezanya ! 


Tapi korang kan pandai-pandai belaka . Mungkin tak jadi masalah untuk dapat straight A+ untuk SPM . Heheh , sekarang nih dah ada A+ , A , dan A- . Banyak benar jenis A nya tapi tetap A jugak . Mana ada orang nak tanya dah pasnih , A tuh A apa ? A+ ke A ke A- . Just tanya berapa A . Fuhh best nih ! =)

Credit by Nik Asree 2009

Tak perlu kata apa-apa . Tuh yang 2009 punya . Boleh klik link untuk melihat apa lagi design Nik Asree yang sangat kemas design nya . Yeahh , I like ! Ok3 . Stop it .

Eyza perasan jugak sekarang nih , pelajar aliran Sains Tulen @ Stream Science @ Pure Science result agak jatuh skit . Sedangkan sekolah Eyza sendiri , kakak-kakak Sains Tulen Agama tak dapat banyak A sangat . Huh , apa dah jadi ??

Sempat jugak Eyza bertanya seorang kakak nih baru-baru nih masa dia ambil result kat sekolah . Jom terjah skit .

Eyza : Kak , dapat berapa ??
Kakak : Skit ja . Cukup-cukup makan . *dengan muka yang tak berapa best dipandang*
Eyza : Alaaa . berapa ?? Orang tanya dapat berapa jawab benda lain pulak ..
Kakak : 4 ja .
Eyza : Waaaa terer gila ! *Serius teruja bagai nak gila*
Kakak : Ishh takyah buat gitu . Perli kami na .
Eyza : Ingat senang nak dapat banyak tuh ?? Payahh oo ! Apa yang A ??
Kakak : Subjek teras A la . Sains Tulen teruk ! Gred merudum tahun nih .
Eyza : Bahaya mau gred purata tinggi nih . Tahun depan lagi tinggi pa !
Kakak tuh memang Eyza aim dapat 10 A ke atas . Heheh , tengok cara belajar beliau dan cara beliau mengajar Eyza dulu meyakinkan diri Eyza bahawa dia layak memegang takhta 10 A ke atas . Mungkin bukan rezeki beliau kan ?

Banyak sangat kontroversi yang Eyza dengar pasal SPM nih . Dengarnya ada negeri yang dapat soalan bocor la , itulah inilah . Takpa . Bak kata Abang Eyza @ Budak SPM 2010 jugak , berkat ke mau dapat result sebab soalan bocor ?? *Terkedu seketika ! 


Apa-apa pun , Eyza nak ucapkan tahniah untuk semua pelajar SPM 2010 yang dah berjaya merenangi lautan study selama 11 tahun . Maybe ada yang dah cakap " Goodbye Sekolah !! " . Hahah , ingatlah nanti zaman skolah itu sering dikenang !

Jom kongsi skit story korang-korang pasal SPM nih . HEHeh , at least bagi la skit tips kat Eyza yang nak ambil SPM 2011 . Tak salah berkongsi kan ?

Sampai sini saja pesanan panjang lebar ini ! ;)
26.Mac. 2011 , 12.00 AM ~

p/s : Tersalah tarikh nak kena pass up design cover majalah sekolah la pulak !! Arghhh !!


Nota Kaki :
Redhalah dengan ketentuan Ilahi terhadap kita dan janganlah riak dengan keputusan cemerlang yang kita dapat . 
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada wahai saudara dan saudariku ! 
Tulus Ikhlas , 
Hafizatul Asyrah bt. Zulkhairi @ Eyza 

6 serangan:

hani.. ^_^ said...

kakak mana yg eyza tya?? hehe~
spm nie senang ja kalu eyza study betul2.
bukan susah sangat pown. ( ayat org menyesal )

Hafizatul Asyrah said...

@Kilopop

hehe eyza tanya senior eyza masa kat hostel dlu ha .. :)
insya-Allah kalau dipermudahkan oleh-Nya ..
takpa .. yg lepas tetap lepas ..
jangan mnyesal lagi dah .. :)

thanks ! ;)

ChuyRy™ said...

just do your best you can do. ye?hehe good luck my friend :)

Hafizatul Asyrah said...

@ChuyRy™

yeahh i hope so .
thanks ! ;)

suri skaliskaLa said...

chaiyok ! :)
you can do it .

Hafizatul Asyrah said...

@suri skaliskaLa

insya-Allah !! =)
thanks ! ;)

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)