Thursday, September 22, 2011

17 Tahun Menapak Di Bumi Nyata

Asalamualaikum w.b.t buat semua pembaca .

Sedar tak sedar , kita asyik menghitung hari . Dah lama rasanya meninggalkan laman sesawang yang dah start nak dipenuhi sawang nih . Lamanya ditinggalkan begitu sahaja . Rating dan statistic viewers jatuh menjunam . Apakan daya , tak dak apa yang perlu diview lagi seperti dahulu kan ?

Maaf dipinta . Sempat lagi kalau nak hulurkan sepuluh jari nih nak mintak maaf kan ? Hehe . Eyza agak busy dengan hal-hal SPM . Huh , tengah trial gi pun sekarang nih . Tinggal satu paper jer lagi dan merdeka buat seketika waktu . Teheee ~ ;)

Berehat begini memang indah :)


Apa yang sibuknya sekarang ? Macam-macam hal nak digalas sekarang . Tanggungjawab , kerja , SPM , belajar dan perhubungan . Ngee , perhubungan dan kasih sayang . Dah , jangan fikir lebih-lebih tentang itu . Masih terkawal emosi dan perasaan di ambang SPM ini . :D

Sebelum tuh , nak berkait dengan title semula .

Apa yang 17 tahunnya ?

Korang tahu apa ada pada 20 September yang lalu ? Tarikh keramat itu . Cik empunya blog nih makin tua . Dah tak seperti dahulu . Hala tuju kehidupan semakin jauh . Usia dah makin berganjak , tapi dah cukup pengalaman kah ? Mmm renung sejenak mungkin .
"Belum lagi kedua kaki seorang hamba bergerak pada hari kiamat, ditanyalah tentang usianya, dihabiskan untuk apa; tentang ilmunya, digunakan untuk mengerjakan apa; tentang hartanya, diperoleh dari mana dan dibelanjakan untuk apa; tentang badannya, digerakkan untuk apa." (HR Tirmidzi). 
Banyak lagi yang perlu diteroka . Dunia yang penuh fatamorgana dan Eyza merupakan seorang pelancong yang menghirup setiap oksigen yang terawang di udara . Fuhh , nikmat yang Allah beri untuk semua . Alhamdulillah , 17 tahun yang mengajar erti kehidupan dan pengorbanan . Namun , Eyza masih terkapai-kapai mencari NUR yang pasti ..

Baru jumpa something nih :
Sambutan hari kelahiran atau "Birthday" ialah untuk menyatakan kesyukuran dan kegembiraan kerana dilanjutkan usia ataupun dipanjangkan umur. Allah s.w.t. menjadikan manusia sebagai semulia-mulia makhluk dan dikurniakanNya dengan berbagai-bagai nikmat setiap saat. Di antara nikmat kurnia Allah itu ialah nikmat umur iaitu salah satu nikmat Allah yang paling tinggi, paling mahal nilai harganya.
Sebagai seorang Islam, kita adalah digalakkan mengambil tahu dan merenungkan perkara umur ini kerana ia ada hubungan dengan kebahagiaan dan masa depan kehidupan kita.
Perkongsian bersama-sama mungkin ? Mesti ada yang sudah tahu . Eyza copy and paste sahaja sebenarnya tuh . Hihihi credit by here !

Hadiah hasil daripada hati yang senang . 


Sekarang dah 17 tahun . Apa yang bestnya menjadi seorang yang berusia 17 tahun ?
Layak untuk mengambil lesen kenderaan

Ini jer yang terbayang dalam fikiran bila dah mencapai 17 tahun . Dah lama dah rupanya Eyza nih dipinjamkan nafas di bumi yang serba indah ini . Masa 24 jam yang Allah kurniakan terasa begitu pantas berlalu. Masih banyak perkara yang tidak mampu untuk Eyza sempurnakan. 

Banyak benda yang tertunggak dalam melayari bahtera kehidupan . Kadang-kadang di atas dan kadang-kadang di bawah . Namun , fitrah kehidupan kan . Bila kita di atas , jangan terlalu riak . Bila kita di bawah , jangan mudah berputus asa . Allah kan ada ? =)
Allah doesn't have a Blackberry or iPhone, but Allah is my favourite contact .
Allah doesn't have Facebook , but Allah is my bestfriend .
Allah doesn't have Twitter , but I follow Allah .
Allah doesn't have Myspace , but Allah is my Top Friend .
And , Allah doesn't have internet , but I am connected to Allah .
Copy and paste this as your status if you think ALLAH IS GREAT

ALLAH IS THE GREATEST ♥
Apa-apa pun , tak kira berapa usia kita . Ingatlah kita nih hanya dipinjamkan di dunia . Dia yang menentukan segalanya . Hidup lama ke ajal esok lusa ke , semua dia yang tentukan . Qada' dan Qadar . Kita hanya mampu berserah dan redha dengan setiap apa yang diberikan untuk kita .

Bila orang bagi pinjam , bila-bila masa sahaja dia boleh mintak semula . Jadi , ingat-ingatlah . Kita pun dipinjamkan sahaja . Bila-bila jer boleh ditarik balik . Oleh itu , beringatlah . Nyawa kita milik Allah . Umur itu hanya perkiraan .. =)

Entah apa yang Eyza nak sampaikan di sini lagi . Heheh , dah terkeluar topik sehingga menyebabkan korang sendiri pening . Eyza yang menaip pun pening . Maklumlah , dah lama tak menaip . Asyik menulis sampai lupa nak mencari keyboard button kat mana . *konon lah!*


Sampai sini sahaja pembaca tercinta ;)
22.September.2011 , 08.18 PM ~


p/s :
 Daisypath Happy Birthday tickers
I asked Allâh for strength and Allâh gave me difficulties to make me strong.
I asked Allâh for wisdom and Allâh gave me problems to solve.
I asked Allâh for courage and Allâh gave me obstacles to overcome.
I asked Allâh for love and Allâh gave me troubled people to help.
I asked Allâh for favours and Allâh gave me opportunities.

Maybe I received nothing I wanted, but I received everything I needed. Alhamdulillah 
:)

Tulus Ikhlas , 
Hafizatul Asyrah bt . Zulkhairi @ Eyza 

6 serangan:

CikTeddyCorner said...

sy pon baru masuk 17 pd 15 ogos hri tu..huhu
doakan kita brdua brjaya dlm spm nnti..Amin!

Hafizatul Asyrah said...

@Cik Kasih

yer?? eh3 abah Eyza 15.Ogos jugak .. :) Eyza doakan kita sama2 berjaya SPM nanti .. Amin ..
Insya-Allah , we can do it !!

thanks ! ;)

CintaKhadijah said...

gud luck yaww..:)

Hafizatul Asyrah said...

@CintaKhadijah

thanks =)

Anonymous said...

gud luck! :)

Hafizatul Asyrah said...

@Ika

thanks ;)

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)