Sunday, June 5, 2011

Bila Pulak Cuti Nih Start ? Tak Sedar Pun !

Asalamualaikum w.b.t buat semua pembaca . 

Senyum dengan muka tak malu please . Sengih-sengih dengan muka innocent seperti selalu . Phewww ! Lama tinggalkan medan rasa di sini . Mungkin kalau rumah ditinggalkan begini , macam banyak jer 'benda' yang bertandang . Hepppp ,  korang jangan fikir yang bukan-bukan ! :P

Happy Holiday :)


Selamat bercuti untuk korang semua ok ? Serius Eyza nak mintak maaf sangat-sangat sebab tinggal blog usang nih lama-lama sampai buat korang semua unfollow blog nih . Maaf ler . Tak sempat nak meng-hapdate nih. Banyak pulak kerja nak kena buat .


Eyza habis kelas last week hari Jumaat @ 3.Jun.2011 . Hehe tuh pun nak gitau korang kan ? Hihi , jangan ler marah . Diselitkan juga time tuh , sepupu-sepupu ramai-ramai balik . Si kekasih hati junior saya pun balik . Nak tau sapa ? Sila rujuk sini .

Auww saya nak gigit awak ! :P


See . My Aiman Zarief junior sudah besar la . Dah pandai nak menyembur air liur bagai . Pintal-pintal rambut orang , makan jari sendiri , menyulur . Hihi , good my boy . I Love You , Aiman Zarief . Ok , fine . Jangan jeles ok ? *Nak termuntah hijau aku baca !


Aiman Zarief junior balik Kelantan hari Sabtu lepas . Hari Sabtu tuh jugak sampai sepupu Eyza yang sorang nih bersama-sama family beliau . Heh , serius rumah nih memang gimik . Mana tak gimik , macam-macam bunyi kitorang dengar . Antaranya seperti berikut :
Suara mak-mak menyembang di dapur
Suara lelaki-lelaki di kedai kopi sambil tengok movie
Suara gadis-gadis 'stadoq' dalam bilik . :P
Suara si adik-adik melayan lagu di YouTube
Suara rumah yang tak tahan bingitnya !
Stadoq ?? Korang tak faham ? Ok , meh nak huraikan . Stadoq nih dalam 'bahasa Eyza' maknanya bukak buku then tidur . He he he . Pelajar pintar memang buat macam nih . Bagus kan ? Kalau nak score 11A+ digalakkan yer .. Digalakkan untuk tidak meniru perbuatan tersebut . Buruk bebenorrr wehh !

Sudah jauh menyimpang . Homework memag tak dapat diberi 'sentuhan pertama' bak kata Cikgu Azizan . Bila entah ler nak buat homework-homework tuh . Bila dah habis exam , habis mood nak study terbang . Heppp , Trial SPM around corner !

Muka tough la konon nak buat homework padahalll ... ;)


Apa-apa pun , Eyza nak ucapkan Selamat Bercuti untuk semua yer . Bila dah balik kampung tuh , hati-hati lah yer . Tengok kiri kanan sebelum melintas jalan . Drive kereta kat highway tuh tengok kelajuan yang minima . Pesanan tulus ikhlas daripada pihak penaja . :P

Heh , ternampak pulak dulu-dulu punya entry pasal cuti . Boleh click sini untuk membaca . Zaman dulu kala punya entry memang colouring colourful . Entry dulu-dulu memang bajet syok sendiri jer . Maklum lah , siapalah kita kan dulu-dulu nih . *Dulu dengan sekarang tak der bezanya ! 


Diharap masa cuti korang dapat diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah bukan dengan cara sebaliknya .  Jangan buat tak faham boleh ? Time cuti-cuti nih la korang nak merempit la , nak melompat style Faizal Tahir la , nak dating la . Macam-macam korang nak buat kan ? =.='

Bawak-bawak ingatlah mereka-mereka yang tak mampu bergembira yer . Serius , mood Eyza sekarang rasa macam nak pergi Rumah Anak Yatim . Bila lah hajat akan kesampaian kan ? Dah nak habis cuti tapi banyak benda tak dapat buat .

Bersamaan dengan bulan Rejab nih , Eyza nak la mengajak korang-korang semua berpuasa . :) Hehe , puasa bulan Rejab banyak fadhilat tau . Meh nak share sikit dengan korang semua yer . =)

Fadhilat Bulan Rejab 
>Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).
>Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
>Puasa tiga hari pada bulan Rejab d! ijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
>Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
>Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
>Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.
>Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.
>Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
>Puasa sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.
>Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
>Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
>Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
>Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur). 
Oleh itu , jom lah kita sama-sama buat ibadat yer . Sekarang nih pun dah akhir zaman , macam-macam tanda-tanda kecil kiamat dah berlaku . Hope , kita yang diberi nikmat akal nih dapat lah berfikir setiap hikmat kejadian tuh . Renung-renungkan dan selamat beramal ! =)

Sampai sini sahaja yer pembaca yang tercinta ! ;)
6.Jun.2011 , 2.43 PM ~

p/s : Hari nih Eyza puasa tau . 4 Hari dah since 1 Rejab (3 Jun.2011)

Nota Kaki :
Akhir zaman ini banyak perkara yang mudah melalaikan kita , Umat Nabi Muhammad s.a.w.
Renung-renungkan wahai saudara dan saudariku . 
Tulus Ikhlas , 
Hafizatul Asyrah bt. Zulkhairi @ Eyza

2 serangan:

cekodok said...

comel sungguh budak tuh...mcm gua masa kecik2 dulu...haqhaqhaq

Hafizatul Asyrah said...

@cekodok

hak3. bleh la letak gambar sekali cenggituh . ngeee =)

thanks ! ;)

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)