Monday, May 16, 2011

Cikgu Tak Pernah Bosan Dengan Student

Asalamualaikum w.b.t buat semua pembaca .

Malam hari yang agak 'cool' dan santai . Esok cuti . Heheh , senyum 5 seconds . Ohh , maafkan diri ini yer korang . Mungkin korang tertunggu-tunggu lagi entry kat blog nih . Tak timbul-timbul . Ada tak yang buat solat hajat semata-mata nak mintak blog nih publish post ?? =)

Gurau-gurau senda di hari bahagia memang menyenangkan . Lama rasanya tak meng-usha post entry button . Malam nih diberi kesempatan pulak nak menekan button tuh . Testing ... Testing .. Yeayyy ! Blog masih activated ~ ;)

Kegedikan terlampau seorang gadis yang tak dapat dikawal . Maklum ler tak pernah jumpa blog . Ecehh! Begitu pulak . Tembak kang baru tahu . Bengg ! Mati kau . Merapu semata-mata untuk menghilangkan tekanan belajar . =b


Besday pakwe korang ker ?

Rasanya semua memang dah sure sangat dah kalau keluar jer entry yang ada tarikh tuh . Betul tak ? Angguk jer ok sebab rasanya hari nih kalau blogwalking , tajuk nih paling hangat di pasaran ! Hehe tak percaya pergi la tengok dengan statistics Google hari nih ~

Semalam Eyza sibuk balut hadiah untuk adik bongsu Eyza , Ayin . Aduyaii , banyak pulak hadiah nak dibalut . Dalam hati berkata " Cikgu tak pernah mintak semua nih tapi cikgu hanya mintak kejayaan pelajar untuk dihargai! " . Yeahh memang tuh yang bermain di fikiran semalam . 

Hari nih exam Sejarah & Mathematics membawa 1001 ketenangan dalam diri Eyza . Mungkin tenang sebab semua cikgu happy . Semalam Eyza temankan teacher Biology Eyza buat paper exam . Keh8 , tak temanlah tapi kacau . Kejamkan ?? Tak salah nak mengeratkan silaturahim antara pelajar dan guru . 
Cikgu ,  ingat anak saya nih patung ker boleh nak cubit-cubit , tampar-tampar sesuka hati jer ?? I see you in court !! Saya suruh lawyer saya saman cikgu !! Tak guna punya cikgu .
Parent zaman sekarang memang macam tuh . Pantang sentuh sikit kulit anak tuh mulalah nak serang tak tentu pasal . I see you in court la . Why not just see me in toilet ? Geram jugak kekadang bila dengar cerita , cikgu kena belasah dengan parents . *Susah jugak anak kaki report nih !

 Kadang-kadang kita selalu lupa yang nih :
Seorang guru mengajar dengan apa yang dia tahu, apa yang dicakapkan
dan apa yang dilakukan. - MARK TWAIN
Kalau kita tahu yang nih mungkin kita boleh berfikir sendiri kenapa seorang guru yang telah mencurah setitik ilmu yang umpama seluas lautan itu marah terhadap diri kita . Guru tuh orang paling sabar sekali dalam dunia tahu ? 

Kenapa ??
Jangan diringankan pergaulan dengan guru, walaupun guru memberi hati.  Jangan cepat melintas dihadapannya, walaupun dia yang menghulurkan tangan.  Meskipun telah pandai dan terang otak, jangan mencuba membelakangi guru.  Sebab, dengan sikap yang tidak hormat, hilanglah martabat ilmu. - BUDIMAN
 Eyza sendiri sangsi dengan diri sendiri . Bila orang tanya saja nak jadi cikgu , mesti kita kebanyakannya  akan diam dan tiada jawapan . Eyza sendiri macam tuh jugak . Macam-macam alasan kita kemukakan bila nak diminta jadi cikgu . Betul kan ? 

Hadiah hari guru buat seorang guru yang susah payah banting tulang . 

Eyza sekadar nak memberi peringatan bila mengenangkan kesalahan-kesalahan yang banyak sangat Eyza sendiri buat mungkin menyakitkan hati cikgu . Bayangkan , setelah berbelas-belas tahun kita belajar , then ada cikgu yang tak halalkan ilmu yang dia ajar . Ya Allahh ! Tak boleh bayangkan bagaimana ilmu itu akan ditarik semua ke atas . =(
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama' yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang Guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
- Usman Awang (1979)
Kasih ibu membawa ke syurga . Kasih guru membawa ke mahligai berjaya . Ingatlah wahai teman-teman sekalian , kalau hari nih korang sambut Majlis Hari Guru kenanglah semula pengorbanan dan perit jerih cikgu buat kelas tambahan untuk korang . Pergi kedai photostat nak photostat kertas soalan . Ingatlah semua tuh !!

Secebis harapan sebagai kenangan masa depan. 

Di sini , Eyza nak ucapkan Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru di Malaysia terutamanya yang telah mengajar diri ini sendiri . Sedih bila mengenangkan guru tadika yang telah pergi tahun lepas . Semoga roh-Nya dicucuri rahmat . Mari sedekahkan Al-Fatihah bersama-sama untuk Cikgu Kalthom @ Bekas guru Tadika Kemas 1999 . 

SELAMAT HARI GURU !!

Sampai sini sahaja pembaca yang dirindui !
16. Mei. 2011 , 10.00 PM ~

p/s : Cuti dua hari nak buat apa ya ?? 
Nota Kaki :
Kadang-kadang kita lupa akan tanggungjawab yang sepatutnya digalas di bahu sehingga berlaku zalim terhadap diri sendiri .
Renung-renungkanlah wahai saudara dan saudariku .
Tulus Ikhlas ,
Hafizatul Asyrah bt.Zulkhairi @ Eyza

12 serangan:

Cik Kyla said...

tanpa CIKGU siapa lah kami... :)

Anonymous said...

Salam...sape Cikgu Bio awak tuh??? emmm...

Pesona Algebra said...

yu r rite , Cikgu x pernah busan .
Selamat Hari Guru :)

MyZone~theUn4given said...

selamat hari guru..:p

EkinZatiLiya said...

selamat hari guruu , tanpamu kami buntu . hihi .

Hafizatul Asyrah said...

@Cik Kyla

betul3 .. setuju !!

thanks ! ;)

Hafizatul Asyrah said...

@Anonymous

Cikgu Ismawati :)

thanks !;)

Hafizatul Asyrah said...

@Pesona Algebra

thanks . ya tggungjawab dan amanah yang dipikul menyebabkan diorang tak bosan .. :)

thanks ! ;)

Hafizatul Asyrah said...

@MyZone~theUn4given

selamat hari guru juga :)

thanks ! ;)

Hafizatul Asyrah said...

@EkinZatiLiya

yeahhh buntu mencari arah tuju .. :)

thanks ! ;)

Izyan Masri said...

YAN TAK SEMPAT BUAT ENTRY HRI GURU.SEDIH JE.XD

Hafizatul Asyrah said...

@Izyan Masri

alahaii sian yan .. xpe3 ..
tahun depan masih ada :)
gipun buat untuk hari2 lain pulak ..

thanks ! ;)

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)