Saturday, July 9, 2011

Hati Mulai Berdetik Di Kala Kau Mengusik

Asalamualaikum w.b.t buat semua pembaca .

Hari yang indah dan suasana yang damai . Bahagia . Baiki tempat duduk nih dan tudung sekejap . Ok ! Siap . Apa khabar kamu di sana ? Diharap sihat-sihat sahaja yer . Sekalung kemaafan diminta di awal perbicaraan  sebelum mula bertinta .

Eyza mintak maaf sangat-sangat kat korang sebab dah lama sangat-sangat tinggalkan blog nih sampai bersawang disertai dengan sarang labah-labah hensem . Encik Labah-Labah , angkat kening masing-masing yer ! :P

Masa . Ya , masa . Masa tak mengizinkan untuk Eyza bermain dengan keyboard nih lama-lama . Mengadap dashboard blog seperti selalu . Sekarang bukan lagi masa mengadap seperti dulu . Si dia sibuk memanggil-manggil untuk bermanja bersama-sama . *Hehhh , puitis yang berbelit-belit !



Time is priceless !

Eyza agak sibuk sejak akhir-akhir nih . Alasan masih seperti dulu kan ? Tapi itulah realitinya . Mata pena kadang-kadang boleh mengalahkan mata pedang . Heh , peribahasa yang baru diungkapkan oleh seorang guru Bahasa Melayu baru-baru ini . ;)

Kebetulan pulak , mungkin belum terlambat untuk Eyza nak ucapkan nih :

Abaikan tahun 1430H tersebut . 

Ahlan Wasahlan ya Syaaban !

Agak sedih di kala menaip kerana hari nih , Eyza tak puasa sunat . Huh , bengang mungkin . Tak pa . Ada hikmah di sebaliknya mungkin . Hari nih dapat spend time dengan sibling even dekat Kangar jer kitorang pusing-pusing . Abaikan apa yang Eyza intro di situ eh . ;)

Meh nak story sikit pasal kelebihan bulan Syaaban yer . :)

Fadhilat Bulan Syaaban 

  1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda
  2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya
  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan akhirnya maka Allah akan menuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid
  4. Kelebihan malam nifsu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca Al Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak
  5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nifsu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap ibu bapa, pembuat fitnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.
Haaa . Renung-renungkan yer wahai pembaca . Usia kita nih belum tentu bila akhirnya . Bila-bila masa sahaja Allah boleh tamatkan kontrak hidup kita tuh . So , kita sebagai manusia yang lemah nih kena beringat-ingatlah sentiasa . Setiap ujian yang diberi tuh , ada hikmatnya .

Thanks God for give me the mercy ! :)


Eyza nak kongsikan jugak video lagu nih . Best . Thanks buat kawan Eyza sebab kongsikan lagu yang sangat memberi makna yang mendalam dalam hidup Eyza . Sungguh , mengingatkan Eyza mengenai kelalaian diri ini yang dipenuhi dengan lara-lara dunia .. Jom dengar ea !



Renung-renungkan yer . Terima kasih sebab korang sudi melawat dan tinggalkan jejak dan komen di blog usang yang lama kena tinggal nih yer . Teruskan support blog nih ya . Feel free to PM me in email if you have any suggestion yeay ! ;)

Sampai sini sahaja pembaca yang tercinta . ;)
9.Julai.2011 , 3.59 PM ~

p/s : Rugi pulak rasanya tak puasa hari nih !! :(
Nota Kaki :
Kadang-kadang kita lupa dengan nikmat yang dipinjamkan kepada kita dan mensia-siakannya .
Muhasabahlah diri masing-masing , wahai saudara dan saudariku !
Tulus Ikhlas ,
Hafizatul Asyrah bt. Zulkhairi @ Eyza

0 serangan:

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)