Saturday, April 30, 2011

Ohh Ingat Matang Sangat Ke ?

Asalamualaikum w.b.t buat semua pembaca .

Panas pagi yang sederhana mungkin . Belek-belek cover bag IPhone 4 . Huh , lepaskan keluhan sebentar . Fuhhh ! Fuhhh! Bersawang lagi berhabuk setebal 1 inci dah blog nih . Hari nih baru diberi kesempatan untuk Eyza menulis sepanjang-panjang entry . :)

Alhamdullillah masih diberi ruang untuk berkongsi . Kali nih nak share lagi dengan korang mengenai satu artikel nih . Menarik bagi Eyza dan mungkin boleh dimuhasabahkan oleh semua . Harap begitulah tapi hanya anda mampu menilai .

Sebelum tuh , let me tell you first the reason of without entry published for 10 days ago . Ecece , nak speaking konon . Wekk ! Eh3 , jangan muntah hijau la . HIhi , ignore sahaja kesalahan grammar mahupun phrase ya . =)

Alasan yang tidak kukuh tak diterima .


Reason of Without Entry Published for 10 Days Ago
  • kesibukan terlampau dengan urusan duniawi yang menjana timbangan di ukhrawi seperti hafazan surah-surah Al-Quran
  • study untuk Mid Year Exam . It's coming soon !!
  • kelas tambahan yang padat tapi kadang-kadang agak fleksibel untuk sesetengah guru . :)
  • homework VS nota yang tergendala tak pernah buat + tak siap
  • kemalasan nak menaip panjang-panjang kat blog nih sebab dah update Tumblr
Cantik Menarik Kau Memang Da Bomb tak alasan yang Eyza kasi . Anggukkan kepala masing-masing yer . Jangan geleng . Sapa geleng meh sini nak kasi Cadbury satu . Haha ! :P


Anggap settle case pasal alasan tak der published entry ok . Jom kembali kepada title entry tuh . Kali nih , Eyza berkenan di hati nak berkongsi pasal satu entry untuk dimuhasabah oleh kita .

Jom muhasabah diri masing-masing .



Anda Semakin Matang Bila ...



Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
Credit by ILuvIslam 

Ahah , fikir-fikir lah yer . Kita nih dah 'berusia' . Hidup pun tak pasti sampai bila lah lagi nih hah . Beringatlah Yang-Di-Atas sana bila-bila jer boleh jemput kita semula . HUhu ~

Diharap kita sentiasa memperbaiki kelemahan diri masing-masing yer . Jangan asyik nak menyalahkan orang lain kalau kita salah sebaliknya muhasabahlah diri kita sendiri . Huhu , sejak akhir-akhir nih asyik share entry orang je Eyza nih kan ? :P

ENtry seterusnya yang bakal menyusul entah bila akan Eyza beritahu kenapa asyik share entry orang lain jer tau ? Hihi , korang jangan ingat Eyza nih copycat tak pasal-pasal ok ? Dah letak credit by lagi tau .

Sampai sini saja pembaca setia ! ;)
1.Mei.2011 , 11.50AM ~

p/s : Next week exam la !! :P


Nota Kaki :
Kadang-kadang kita tak sedar kesalahan diri kita sendiri sehingga asyik menyalahkan orang lain .
Sedarlah kita hanya manusia biasa yang dipenuhi dosa wahai saudara dan saudariku .
Tulus Ikhlas ,
Hafizatul Asyrah bt.Zulkhairi @ Eyza 

12 serangan:

kindergartenlibrary said...

tq ya ..nice info ..ada sikit lah yang sama ..huhu

Hafizatul Asyrah said...

@nelly

welcome .. :)
berusaha untuk menjadi matang secara selangkah demi selangkah ..

thanks ! ;)

Anonymous said...

blockqoute tuh pening bile bace.. uwaaa

nanase said...

saya tak matang pun.huhu.perangai still macam budak2 :P

Hafizatul Asyrah said...

@dhilla nazli

ye ke ?? xpe3 ..
nanti Eyza tukar background blockquote ok ?? sorry3 ..
=)

thanks ! ;)

Hafizatul Asyrah said...

@syud toink2

biasalah tuh .. certain time maybe u're matured .. :)

thanks ! ;)

cik ika said...

nice info..hehe..ika tetap tak matang lagi even da nak masouk 20 tahun..ish3..

follow sini ya

Hafizatul Asyrah said...

@ika

takpa .. tingkah laku mungkin xmatang tapi pemikiran mungkin matang .. :)

thanks ! ;)

Rosmerah said...

hii dear.. nice entry.. i like :)

Hafizatul Asyrah said...

@Rosmerah

hye kak eifa syg .. :)
hehe hope menjadi perkongsian bersama-sama !!

thanks ! ;)

shedameor said...

gud entry :)

Hafizatul Asyrah said...

@shedameor

biasa2 saja .. :)

thanks ! ;)

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)