Friday, March 11, 2011

Korang Selalu ke Usha Entry kat Sini ?

Asalamualaikum w.b.t buat semua pembaca . 

Check2 sound check . Oh lamanya tak update . Fuhhh ! Dah bersawang button NEW POST nih . Kena sapu habuk-habuk skit kasi clear balik . Hehe , sampai begitu sekali kan ? Miahaha . Tapi kalau korang selalu check in dan check out blog nih mesti akan di-update setiap hari widget + gadjet yang ada . =)

Eyza jarang update kat Blog , kenapa ?? 

Soalan ini terlalu subjektif untuk Eyza jawab . Maybe lepas nih kalau korang nak tanya , kasi soalan Objektif . Senang sikit , ada pilihan jawapan . =) Meh nak jawab sini yer . Eyza tak update blog sebab tak dak masa . Seperti yang korang dah sedia maklum , Eyza memang jenis yang post entry berjam-jam lamanya . Huahua ! 
Dengan masa yang tak seberapa , Eyza kena la bijak buat peruntukan supaya masa Eyza tak terbuang terlalu lama sebab nak study bukan 1 atau 2 subjek tahu ? Hehe , ringkas , padan dan mukhtahir tak ? Macam dalam Warta TV1 jam 8 malam pulak . =b


Everyday , memang Eyza akan spend time jugak untuk view blog . Hehe , 5 minit pun sangat berharga ok ? Tapi , sekarang Eyza 'bebas' sekejap sebab exam hari nih dah last day . Ehek , best kah ? Tak dapat digambarkan menjawab exam Additional Murder Mathematics bagaimana rasanya . Korang dah pernah rasakan macam mana jawab Add M3 ?? =)

My Name is Additional Mathematics .

Ok . Bila dah habis exam apa nak buat , Eyza ?? 

Soalan terlalu sukar untuk dihuraikan jawapannya . Bagi Eyza , kalau lepas exam nih memang masa yang agak berharga . Mungkin Eyza akan spend time untuk update blog . Selain itu , ada jugak kadang-kadang tahap 'keberaniannya' memuncak pergi jenjalan racing ikut nafsu jelajah kampung . Tuh pun dalam kampung jer la , tak sampai la lagi ke pekan lagi . EKeke . Wajib sekali bagi Eyza buat ialah tidur + dengar lagu . Huahua ! Lepas exam memang tak pegang buku langsung untuk beberapa jam . Kalau pegang jugak japgi teringat soalan-soalan yang dah buat salah . Huahua !

Hari nih hari bermakna bagi Eyza . Kenapa ??

First time seumur hidup buat cubaan nak mendapatkan wang . Huahua! Korang pernah dengar nih kat HotFM ? yeahh . Eyza dah try tadi . Lepas story-mory dengan Kak Leya HotFM pasal Wak AG nih , terus minat pulak nak dapat duit 'percuma' ikut nasib nih . Huhu , jadi pemanggil ke-5 , dengar lagu Wak AG nyanyi then teka siapa penyanyi sebenar dan tajuk lagi . Ohh yeah , best la kowt nak dapat duit kan ??

Can I got money , please ?

Ok9 . Pelik mungkin dengan entry nih . Apasal banyak soalan nih ? Actually , soalan-soalan berikut macam survey la sikit . Tengok lah title pun dah macam nak buat survey dah pun . Ecewahh , kemain yer kau , Eyza ! Meh nak tanya korang sikit ..

Korang Selalu Ke Usha Entry Kat Sini ?

Hah . Tolong la jawab . Agak-agak dalam seminggu cukup tak sekali korang view blog nih ? Ke sebulan sekali ? Tabik spring kalau sebulan sekali . Huwaaa , kenapa korang tak view blog nih hari-hari ??? *tanya dengan penuh gediknya*

Soalan retorik . Tak perlu dijawab oleh korang . Biar Eyza jawab ok ?

1 - Blog nih tak berupdate so tak der nafsu nak baca selalu 
2 - Title entry nak gempak tapi hampehh !
3 - Blog loading lembab macam siput
4 - Blog nih SEMAKKK giler !!

Betul kan ? Korang kena komen entry nih dan pilih mana satu yang sebab korang rasa betul . Antara sebab yang Eyza kasi tuh hah yang korang pilih . Kalau ada sebab-sebab lain atau apa-apa yang korang tak berapa puas hati dengan blog nih , feel free to tell me what it's ok ? Huhu , blog nih untuk dikongsi bersama-sama tau . Eyza tulis dan korang baca serta menilainya . =)

Gunakan hak anda sebagai pembaca !


Sampai sini jer pembaca yang tercinta ! ;)
11.Mac.2011 , 4.43 PM ~

p/s : Malam nih nak try lagi sekali Wak AG Jangan Nyanyi !!


Nota Kaki :
Jangan menghina orang lain kerana rupa parasnya kerna di akhirat sana , mereka lebih cantik daripada kita . 
Insaflah wahai saudara dan saudariku  !

Tulus Ikhlas , 
Hafizatul Asyrah  bt . Zulkhairi @ Eyza 

14 serangan:

Cik Yana said...

Cik Yana biasa view entry belog yang cik Yana singgah. Kalau singgah, cik Yana bukan singgah saja terus carik shoutbox macam org lain. Cik Yana akan tengok latest entry dia. Kalau tertarik, memang cik Yana akan baca abes dan tinggal komen. Tak kira la entry latest dia tu sebulan lepas ke, asalkan menarik perhatian cik Yana :)

Hafizatul Asyrah said...

@Cik Yana

waaaa terpegun Eyza baca ulasan Cik Yana .. hehe btw , thanks sudi baca entry panjang lebar Eyza nih !!
;)

fikrahuddin said...

spm candidates? tulisan agak matang. mantap2..

blaja bebetul.... dapat gi jauh nanti.. baru bes.

=)

ainayuhanis said...

huyyoohh , dah pernah ke udara lah ni ? hahaa

ainayuhanis said...

huyyoohh , dah pernah ke udara lah ni ?

Hafizatul Asyrah said...

@nemesis3891

yeahh spm candidates ..
pengalaman hidup mengajar untuk menjadi seorang yang matang .. :)
Insya-Allah cuba belajar betul2 ..

thanks ! ;)

Hafizatul Asyrah said...

@ainaMeer

tak sampai ke udara lagi .. =)

Hafizatul Asyrah said...

@ainaMeer

tak sampai ke udara lagi =)

Ibu Ammar said...

tak ada apa yang tak puas hatinya... hehehe

Hafizatul Asyrah said...

@Alexandriana Alia

hehe ye ker ? =)
thanks ! ;)

SyerAgh said...

xpernah usha, tp baru nak polo.. :D slamat kenal2

Hafizatul Asyrah said...

@SyerAgh

huhu xpe3 .. makasih follow !
salam perkenalan juga . =)

thanks ! ;)

akmal said...

baru dtg sini...akan baca entri yg menarik hati. heee~

Hafizatul Asyrah said...

@akmal

sila3 .. like la skali kat facebook button .. hhihi =)

thanks ! ;)

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)