Saturday, January 1, 2011

Hai 2011 dan Follower ke - 700

Asalamualaikum w.b.t buat semua pembaca .

Menjelang tahun baru 2011 , Cik Empunya blog yang agak serabut berlatarkan background 'minah bunga'nya nak mengucapkan Selamat Datang 2011 dalam hidup Eyza . Eh3 , untuk Eyza saja kah ? Oh tidak3 ! Untuk anda juga !

2011 umpama awan biru di hatiku !

Kalau korang tengok balik entry GiveAway AKhir Tahun 2010 yang Eyza create untuk Tok Esah , korang mesti dah tahu kan azam Eyza untuk tahun 2011 kan ? Nak ker Eyza copy semula azam yang entah tercapai ke tidak tuh ?? =)

Azam saya tahun 2011 ialah nak jadi umat Islam yang lebih baik daripada sebelumnya . Sebelum nih maybe amal tak berapa lengkap dan tak memuaskan , bermula tahun 2011 nak buat betul2 dan buat banyak2 lagi daripada 2010 !  Semoga Allah permudahkan azam ini . :) Kedua , Eyza berazam untuk study betul2 untuk SPM . Seperti yang kita sedia maklum , SPM nih penentu kejayaan masa depan . Yer , Eyza dah pun labelkan SPM sebagai Sijil Paling Maut dalam hidup nih supaya Eyza lebih semangat untuk study ! ;) Ketiga , Eyza berazam untuk menjadi insan yang tegar dan tidak mudah mengalah dengan emosi. Nak tahu kenapa ? Eyza nih memang selalu ikut emosi . Feeling habis tahap gituh . Bila dah datang emosi sedih , kerja menangis jer . Bila dah happy tuh , happy sampai lupa siapa Eyza . -.- Nih lah azam Eyza untuk tahun 2011. :D

Tehee . Bukan main azam 2011 kan ? Insya-Allah , kalau diberikan taufik dan hidayah azam ini akan Eyza usahakan sehingga tercapai . Amin .. Semoga apa yang diinginkan ini tercapai .. Dengarlah rayuan umatmu yang kerdil yang bergelumang dengan dosa ini .. :(

Buat pengetahuan korang , Eyza tak menyambut sangat kedatangan 2011 sebab memikirkan balik diri nih dah terlibat ke dalam kancah pelajar SPM . Tahun baru nih umpama seperti biasa tidak seperti tahun sebelumnya .. Mungkin disebabkan terlalu memikirkan kehidupan baru yang bakal dijalani . =P

Maklumlah , menjadi seorang yang baru di tahun baru bukan sesuatu yang mudah bagi Eyza . Tahun 2011 tersangatlah memberi impak yang besar dalam hidup Eyza di mana Eyza akan menjadi seorang pelajar SPM . SPM = Sijil Penentu MasaDepan . Banyak betul akronim Eyza reka pasal SPM kan ?

Ohh di tahun baru nih jugak membawa keriangan di hati Eyza ! Yeay ! Apakah itu ?? Korang mesti dah tahu kan ? Confirm korang semua dah tahu . Tak payah gitau pun korang dah tahu . So , tak payah gitau lah . Just nak kasi nih jer .


Ekeke ! Terlebih sudah . Tanpa disangka-sangka , sinar tahun baru membawa Eyza lagi jauh ke peringkat yang agak tidak pernah Eyza fikirkan . Kini sudah mencecah 700 orang handsome boys and cute girls also mommy and daddy follow blog nih . Hehe ! 1 Malaysia oo ~

Ohh apa ?? Nak tahu siapa follower yang ke - 700 ?? Baiklah , meh sini dekat2 sikit dengan screen Eyza nak gitau kat korang yer .. Agak-agak siapa erk ?? Hoho ! Award tuh ada bunga la . Untuk si gadis comel kah ?? Mari lihat sama2 , siapa yang kena !! ;P


Ok . Kawan2 sekalian , sila klik link berikut untuk mengenali siapa hensem boy yang menjadi follower bertuah blog nih yer . Hehe ! Serius , blog beliau mempunyai follower sebanyak 1k dan beliau membuatkan saya rasa saya umpama semut di jalanan untuk memberi award kepadanya . Ohh tidak !!

Walau siapapun beliau , saya tersangatlah menghargai keikhlasan hati beliau kerana memfollow blog nih . Buat korang2 yang follow pun Eyza sayang korang habis-habisan yer ! Ngee . Sila tuntut award ini Encik Ahmad Jo dan semua follower yang ke 700 ke atas . Sila komen entry ini jika sudah mengambilnya . ;)

Bila difikir-fikir semula , Eyza ingin memberi masa untuk diri ini membuat persediaan bagi menjelang hari buka sekolah yer . Ayuhhh kembali ke sekolah sebagai 'senior' dan pelajar tahun terakhir . Huhu , mungkin saya akan merindui semua 'rakan-rakan guru' kesayangan saya di SMKAPPs tempat bersejarah itu selepas tamat SPM . Cewahhh ! Lambat lagi la kowt . ;)

Pejam celik pejam celik semua dah berakhir . Sampai sini jugak lah penulisan Eyza di awal pagi tahun baru yer . Ngee , salam sayang untuk semua follower dan pengeview blog ini . Perubahan di tahun baru akan berlaku secara evolusi yer .

Nantikan Evolusi Hafizatul Asyrah In The Blog tak lama lagi . Insya-Allah , kalau diberi kesempatan untuk memperbaiki segala cacat cela blog nih . Proses membeli domain masih berlari-lari di dalam otak kecil nih . hehe ! Oitt nak SPM oii .. :|

Sampai sini saja . 1.19 AM , 1.1.2011

p/s : Dunia baruku bermula di saat hati ini masih lara dengan kisah lama !

4 serangan:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

happy new year....
:)

Hafizatul Asyrah said...

@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫

Happy New Year too :)

Kodet said...

waa...follower da 700...hebat2

Hafizatul Asyrah said...

@Kodet

anda mungkin salah seorang
penyumbang ke 700 :)

thanks !

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)