Thursday, December 30, 2010

Mana Perginya Persediaan Kamu ?

Asalamualaikum w.b.t buat semua pembaca .

Baru kini ku sedari , yang blog ini sudah tidak seperti dulu . Agak lama rasanya meninggalkan blog yang sudah nampak usang ini . Maaf buat anda semua kerana mungkin tertunggu-tunggu cerita baru yang masih hangat seperti goreng pisang di jalanan . *Katakan yang korang tak tertunggu-tunggu ?

Kembali kepada asalnya , Eyza nak la kira macam 'bermunasabah diri' di entry ini lebih kurang . Sila rujuk title besar gedabak bila di'sentuh' atau diklik itu kembali ya . Baca semula . Mana Perginya Persediaan Kamu ? Itulah dia kan ?

Di sini , Eyza nak kemukan sikit rasa yang dah lama tersimpan sebelum tangan ini mempunyai segenggam semangat untuk luahkan . Kalau korang keep in touch dengan Tumblr Eyza mungkin korang terbaca akan postage ini yang terbarunya . Apa reaksi anda ? Nampak sadis sungguh ayat di situ . Percayalah , ianya dari hati yang penuh kesalahan ini ..

Muka begini comel kan ?



Saat ini , Eyza dapat rasakan di hati ini sudah hilang sesuatu yang mengubah hidup Eyza . Ya , mana perginya semangat yang berkobar-kobar untuk menjalani hidup yang panjang ? Mana perginya semangat untuk menggapai cita-cita ?? Entah ke mana perginya semangat itu semua . Hilang dibawa dek arus air mata mungkin . 

Seperti yang korang sedia maklum , Eyza nih bakal calon SPM 2011 . Malam nih Eyza terkenangkan kembali ke mana perginya masa study week yang sebelum ini digembar-gemburkan . Nak study lah itulah inilah . Blablablala . Eyza rasa macam semua tuh dah tak der makna dalam hidup nih .. -.-

Apa dah jadi ?? Eyza rasa macam hidup Eyza terlalu relax , tenang dan cool tanpa memikirkan tentang Sijil Paling Maut itu . Adoiii ! Kenapa mesti jadi macam nih ? Eyza nih dah cukup bersediakah dengan ujian yang bakal melanda itu ??? Cukup bersediakah ??

Eh3 , muka anda seperti dia ! 

Mungkin korang masih tak faham bahasa kiasan Eyza kan ? Sekarang Eyza akan berterus - terang . Sejak dapat buku teks Sukatan Pelajaran Tingkatan 5 pada 28.12.2010 , hari nih baru Eyza perasan kehadirannya memenuhi ruangan katil . Adoiii , lihat-lihat ! Eyza tak study langsung !! -.-

Sejak Mama tak dak kat rumah nih , baru Eyza sedar yang Eyza tak sentuh apatah lagi baca buku langsung . Latihan Additional Mathematics , dah lama Eyza tinggalkan . Sampai sekarang , Eyza dah lupa habis macam mana soalan Additional Mathematics dah .. Sampai macam tuh sekali teruknya kan ?

Bila mengenangkan balik jasa Mama dan Abah yang dah membesarkan Eyza selama 16 tahun 3 bulan lebih nih , rasa bersalah mengcengkam jiwa . Nak ker Eyza jadi anak derhaka ? Berdosa tau kalau Mama dan Abah hantar ke sekolah suruh study tapi tak study . Aduss ! Banyaknya dosa Eyza . Kalau tambah tolak darab bahagi , tak cukup Banjaran Titiwangsa nih ! =(

Rasa bersalah dalam hati tak dapat diungkapkan . 

Eyza taknak parents Eyza sedih dengan apa yang Eyza buat untuk SPM nanti . Maybe , korang akan cakap macam nih kat Eyza . "Relax r dulu . SPM lambat lagi r ! Tak payah sibuk2 sangat , cool sudah r takyah cuak sangat ! " Ya . Itu mungkin bagi anda , tapi bagi Eyza macam SPM tuh esok tahu ?

Apa-apa pun , Eyza memang dah tanamkan dalam hati Eyza sejak malam nih lagi . Kira memang nak prepare betul-betul lah kan . Ingat yer , ini tidak bermaksud Eyza nak show off ataupun nak tunjuk hebat mahupun berlagak pandai tau ? Jangan salah faham dengan ini . 

Start dari malam nih jugak , nak kena study balik . Esok hari terakhir untuk prepare semuanya sebelum Eyza melangkah ke satu tahun lain iaitu 2011 yang penuh dengan memori baru . Oleh itu , Eyza nak 'update' balik la diri nih untuk jadi yang lebih baik daripada sebelumnya . Taknak main2 dah ! ;)

Kalau tengok header blog nih , korang akan nampak kata-kata nih :

Hope for the Best ,
Prepare for the Worst  ,
  Fight for what You Believe .

Malam nih jugak , Eyza nak 'hope for the best' . Malam nih jugak Eyza nak start 'prepare for the worst'. Malam nih jugak Eyza nak 'fight for what you believe' . Tak kira apa nak jadi , jadilah ! Eyza tetap dengan apa yang Eyza nak . 11A's for SPM 2011 and fly to Jordan University of Science and Technology ! This is what I want in my life !!

Kata-kata peransang untuk berjaya dalam hidup !

Sampai sini saja sebelum semangat yang berkobar-kobar nih terbang ke lain terlebih dahulu . Hoho ! Salam sayang untuk semua . Tunggu entry seterusnya mungkin pada tahun baru tak lama lagi .
30.Disember.2010 , 9.04 PM ~ 

p/s : Selamat tinggal buat kamu yang memainkan hati saya sejak sekian lama ! :P 

4 serangan:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

selamat tinggal....

Hafizatul Asyrah said...

@♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫

selamat tinggal buat seketika ..
:) kalau ada masa , bersua lagi ..

;)

shahjiehan said...

good luck SPM~

Hafizatul Asyrah said...

@shahjiehan

thanks :)

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)