Monday, December 27, 2010

Ada Apa Sama Tumblr dan Blogger ?

Asalamualaikum w.b.t buat semua pembaca .

Di malam yang sejuk nih , marilah sama2 kita menyalakan mentol di minda masing2 . Eyza nak merapu bercerita pasal Tumblr dan Blogger . Korang guna tak dua2 media laman web nih ? Jangan tipu cakap korang tak guna boleh ? Semestinya korang guna kalau tidak macam mana korang nak follow blog nih . 


Apa bestnya guna dua2 laman web nih ? Jom tengok pendapat Eyza tentang kedua-dua nya :


1 . Live blog terbaik 
Yeahhh , sejak Eyza gunakan Tumblr content2 selalunya Eyza tulis apa yang Eyza buat . Hehe ! Kira macam every daily life tulis kat situ . Luahan rasa pun Eyza campak tulis kat situ jugak . Bukan apa , kalau mood tak baik tuh memang tak sesuai ditulis dalam blog nih . Dalam Tumblr Eyza , kata panggilan bukannya 'Eyza' tapi 'aku' yang menunjukkan kebebasan Eyza menulis apa saja di situ . 

2 . Kepelbagaian Aplikasi 
Maksudnya di sini , di Tumblr korang boleh post entry melalui Text sebagai contohnya . Korang boleh nak post Quote , Photo , Link , Audio / MP3 , dan Video secara berasing . Dengan adanya sistem macam nih , profile nampak lebih kemas dan teratur . Nak post Chat pun boleh jugak . :)

3 . Page tersangat Cool dan Simple
Bagi orang pemalas dan tak pandai menggunakan kod HTML macam Eyza , sesuai sangat pakai Tumblr  nih . Tak payah cari templates dan layout bagai , kat Costumize juga boleh didapati . Eyza suka templates2 kat sana yang nampak eksklusif gitu . Hehe ! Design sana tersangatlah menarik hati . =)

4 . Gambar Diupload Menjadi Slide
Dengan Tumblr , korang tak payah pergi kat Slide.com lagi dah kalo nak buat slide gambar . Dengan sendirinya , bila korang dah upload gambar banyak2 kat Tumblr akan dibuat macam slide gituh . Lebih kurang macam slide jugak la . Boleh letak caption jugak taw . Hehe , Eyza kadang2 tersenyum sendiri kalau view pics yang diupload banyak2 kat Tumblr Eyza . ;)

5 . Reblogged Bila-Bila Masa
Kalau agak2 korang malas nak menaip panjang2 , korang boleh reblogged jer entry2 Tumblr sesapa yang korang suka . Kalau korang suka entry dia , reblogged dan akan appear di Tumblr anda pulak . Tapi Eyza tak pernah la lagi reblogged entry orang lain . Hehe . Better mine first . >.<

Nih lah apa yang Eyza rasa best di Tumblr buat masa ini . Jom baca apa yang best di Blogger pulak ! 


1 . Blog Info terhebat 
Bagi Eyza , Blogger tempat terbaik untuk buat info , tips dan shopping online . Kenapa kah ? Sebab blog nih , selalunya terbuka dan mudah dilawati oleh semua . Selalunya , blog nih antara laman web terbaik untuk korang buat entry panjang2 la sebab ramai orang datang dan beserta trafik polis juga ! ;)

2 . Kepelbagaian Penambahan Gadjet
Menggunakan Blogger , dengan sukahatinya lah korang nak letak apa pun kat blog korang . Nak letak status update , gadjet , jam randik , iklan dan sebagainya . Macam Blog Eyza sendiri , kalau dilihat di bahagian sidebar belambak gadjet yang ada . Shoutbox pun boleh korang selitkan di tepi page yang bestnya ! ;)

3 . Page Menarik Dengan Idea Sendiri 
Di Blogger , korang boleh buat apa saja dengan blog . Templates nak letak gambar Barbie ker Pocoyo ker apa ker terserah kepada anda sepenuhnya . Header sudah tentulah menjadi design terbaik anda sudah.  Kira macam Orang Putih cakap , " Everything you can do by yourself " la . :)

4 . Penampilan Gambar Secara Langsung
Adakah anda memahami ayat tersebut ? Thumb up jika faham ok ? Maksud Eyza di sini , gambar boleh upload secara terus . Kira korang boleh tengok gambar satu persatu la . Ada yang kadang2 , boleh gunakan blog sebagai tempat share gambar dengan kawan-kawan . Itu pun boleh jugak sebab nampak unik bila blog dihiasi gambar2 . :)

5 . Blogwalking menjadi Aktiviti Kegemaran 
Nak dapat komen yang diserta dengan follower di blog anda kena la boleh blogwalking di blog kawan2 di seluruh dunia . yeahhh , dengan cara ini trafik blog anda dapat dinaikkan . Pendapatan anda di NuffNang juga dapat ditingkatkan . Tambahan lagi , Stats anda semestinya bertambah ! =)

Actually , banyak lagi yang best mengenai Blogger dan Tumblr yang boleh dikongsi bersama - sama . Tapi , nih jer la yang ada buat masa ini di dalam pengetahuan Eyza . Maybe , kena pergi kedai buku pergi cari mklumat lagi pasal dua2 laman web nih mungkin . Haha ! 

Hanya korang ja yang tahu mana laman web terbaik untuk korang kan ? Hehe , bagi Eyza , dua2 nya terbaik sebab tuh Eyza guna dua2 . Tehee , Tumblr Eyza jadikan sebagai tempat meluahkan rasa dan aktiviti yang Eyza buat ketika itu manakala di Blogger Eyza jadikan laman formal bagi tempat Eyza berkongsi apa sahaja dengan semua follower yang ada serta kenalan baru . :)

Pilihan anda ada di tangan anda sendiri . Pilihlah yang sesuai untuk anda sendiri . Apa yang Eyza kasi untuk malam nih , hanya apa yang Eyza tahu jer tau ? Seperti biasa , kalau ada yang tak puas hati anda dibenarkan menyerang Eyza atau blackmail di entry ini ya bukan di tempat lain tahu ?? :)

Sampai sini saja idea ku dikongsi . :) 08.15 PM , 27 . 12 . 2010 ~

p/s : Bila agaknya dia nak call saya ?? Terserah kepada hatinya untuk menilai hubungan yang tidak berpenghujung ini . Huh .  Abah dah balik la !! Hoho . :)

14 serangan:

GreenLava said...

Nice info pengenalan pasal Tumblr untuk orang macam saya -yang tak pernah guna Tumblr.

Hafizatul Asyrah said...

@ GreenLava :

ohhh i see .
Tumblr n Blogger nothing different . still the same :)

dilah_buzz90 said...

dila ada tumblr..tp xaktif da..hee..

Hafizatul Asyrah said...

@ dilah_buzz90 :

ohh ya ?? waa sush nk handle bila
ada byk website kan ?? huhu !

;)

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

thanks 4 the info....

Hafizatul Asyrah said...

@ ♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ :

ilmu yg ada kena kongsi dgn org lain .. :)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

slm kenal....
baguih la info cheq ni...
tapi kakD tak pernah pun guna Tumblr ni...
dah folo u 2 dear...

Hafizatul Asyrah said...

@ LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ :

slm kenl juga ..
terima kasih follow na ..
xpa3 .. cheq sja ja nk kongsi
ilmu sama2 :)

beLLa said...

ohh.bru tau pe bezanya.kte ade tumblr, tp buat saje2 coz nak taw pe bestnye tumblr neh ;p

Hafizatul Asyrah said...

@ beLLa :

huhu ya3 .. hope apa yg eyza
sampaikan bella faham yer ..
:) jom la follow tumblr eyza !

;)

nekkenproject said...

begitu rupanya TUMBLR...Adeeh...nak sebut pun payah

Hafizatul Asyrah said...

@ nekkenproject :

yeahh itulah TUMBLR ..
senang jer nk sebut ..
sbut mcm THUMB LER..

;)

Indah Mulya said...

i like both!
tumblr is more easier kot compared to blogger
sng sbb da letak siap2 nk post cmne..
kalo nk share lagu, leh upload lagu..
blogger pn besh jugak,bny apps sket =)

Hafizatul Asyrah said...

@Indah Mulya

yeahh betul3..
tumblr bleh upload mp3 sndirik ..
:) both is the best !

=)

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)