Tuesday, February 23, 2010

Perangai .



Berjalan-jalan ke blog orang lain memang best . Mencari idea yang sangat poyo untuk post entry baru di blog yang tidak se-GAH mana . Akhirnya , perjuangan terhenti jua . Disebabkan hari ini , saya tidak menjadi nurse sebab tidur petang , terpaksa melepak membuang masa di rumah . Goyang kaki macam orang buat business yang berjaya . *Oii MakCik , homework dah siap ?



Ok . Malas fikir sudah . Nak teruskan saja dengan result akhir perjalanan mengusha blog-blog terhebat . Perghhh diorang nih memang TOP BLOGGER . Tak dapat dinafikan sudah . Entah kenapa kepala otak nih terfikir pulak nak berceloteh pasal perangai-perangai manusia kat blog . *Sila rujuk diri anda dahulu sebelum mengata orang !

Diharap entry ini tidaklah sepanjang mana tetapi kalau TERPANJANG biasa la . Idea melimpah ruah ! Sila ambil perhatian , ditulis dari hati tanpa berfikir . Kesimpulannya , tidak ada kena - mengena dengan mana-mana pihak .

Perangai-perangai Manusia di Blog .

1 - Promote blog bagai nak Gila .

Haiyaa Cik Kak , sudah tala kerja kah ? Itu sana main la ! Manyak susah ma . =.=' Ni satu perangai . Pulun send emel kat orang suruh view blog yang entah apa-apa jerk . Dulu memang menjadi habit bagi saya , setelah saya mengetahui hikmahnya , saya ketepikan saja . Buang masa ! Apa kes la nak terhegeh-hegeh suruh orang view kan ? Bukan orang rajin sangat nak view . *Dulu saya menggedik seperti ini juga .

2 - Blog semak !

Aduhaii makcik . Blog kau , macam hutan . Boleh buat Zoo ! o.O Nih satu hal lagi . Nak pimp up blog tuh , berpada - padalah . Nih letak icon , pastu cursor blink-blink pulak . Dengan layout yang macam - macam , buat orang GILA ! *Blog ini pun sama ! Semak ja . Tapi inilah saya !

3 - Entry sama macam blog yang lain .

Fuyooo apsal sama eh entry yang nih dengan entry blog lain ? Ohh sama maklumat kah ? Perghhh . ^.^ Perangai nih memang tak boleh pakai sikit . Kadang-kadang tuh copy paste ja dari blog orang then masuk blog anda . Tindakan anda boleh diterima , tapi kena la tukar sikit . Jangan copy sebijik2 ! Nanti nampak sangat la . * Bijaklah membuat peniruan !

4 - Mengejek entry orang lain

Eh korang tawu tak , minah tuh ada pakwe baru . Perghhh playgirl nak mampos ! X.X Nih lah lebih kurang caranya . Aduhaii tulis macam nih kat entry anda . Memang la blog anda suka hati anda la nak post entry macam mana pun kan ? Tapi korang tak rasa ker , orang yang korang kata tuh taw ke x ? Entah - entah dia buat bodo jerk . Tak der perasaan la gitu lebih kurang . Saya sudah mengalami semua ini . Oleh itu saya tahu bagaimana perasaannya . *Tindakan ini kadang2 agak hampeh !

5 - Postage bosan !

Blablabla . Kadang - kadang postage yang penuh dengan gambar bosan kan ? Yaa memang pun .* Gambar sekadar hiasan semata - mata . Punya la banyak letak gambar dalam postage , tapi tak kena dengan tema la .. Carilah tema yang sesuai untuk postage anda . Janganlah sesuka hati ya !

6 - Tiru orang lain punya design .

Ehh nenek ! Apsal kau tiru aku punya page hah ?? Dush .. Dush .. Mati kau ! -.-' Perangai macam nih memang suka dihakis . Kadang2 tuh , tanpa disedari blog anda sama dengan kawan anda . Bukan meniru , tapi TERTIRU jerk . Cewahhh macam2 ! Sudah la tuh , nk buat macam orang tuh tak reti , pergi tanya orang tuh jugak . Cari lah inisiatif lain . Cari dalam web ker .. Itu lebih baik !* Perangai tak boleh blah langsung !

Haii nih la perangai2 manusia di Blog . Macam2 hal kan ? Namun inilah realiti sebaik melangkah ke arah Blogger . Kadang2 tuh , sanggup bergadai demi blog . Nak famous la katakan . Punya la asyik mintak orang follow , padahal orang tak follow pun . * Perghh sakit2 . Kena batang hidung sendirik !

Sekali lagi nak diingatkan , entry ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa . Sekadar perhiasan semata-mata . Tidak ada kena - mengena dengan antara hidup dan mati . Harap maklum . So payah nak sakit2 hati yer . Bukan cakap kat korang pun !



0 serangan:

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)