Monday, February 22, 2010

Kemalangan .



Dalam kesedihan yang memeritkan bila si dia muncul semula ke dalam suasana bahagia . Luka masih dalam belum terubat kini ujian datang melihat .. Memang takdir untuk tiada bagiku ruang kebahagiaan di dunia .. Mungkin ada di akhirat kelak ..

Dengan itu , saya Naib Pengerusi Persatuan Anak-Anak Zulkhairi ingin memaklumkan bahawa Pengerusi Persatuan ini terlibat dengan sebuah kemalangan jalan raya yang sangat tragis . *Teks ucapan ka apa nih ?

Punah harapan , berkecai impian . Harapan untuk racing naik Honda Wave tak kesampaian . Impian untuk menjadi pelumba motorsikal yang berjaya berderai . * Gila tak dak dah pompuan nih !



Nih la motor mahal yg sentiasa menjadi kegilaankuh .

Terkilan macam orang gila sebab sayalah orang pertama menunggang motor tersebut . Sila rujuk postage bertajuk Jiwa Kelajuan , berhubung dengan motor berkenaan .

Sibuk cerita pasal motor .. Lupa pulak kat tuan motor . Aiyakk ! Teruk betul keadaannya . Tak sanggup nak tengok . * Doktor kena kuat !

Menurut setiap hari , saya melepak di hospital menjadi bibik separuh masa , keadaan abang agak stabil . Tangan dua2 belah patah dan rahang di bahagian dagunya berjahit . Perghhh ! Dalam mulut tuh .. * Takut tengok muka !



Keadaan kemalangan seperti berikut . Tapi bukan langgar depan , tapi belakang . Bukan kereta , tapi van !

Dengar punya dengar orang cerita . Al-kisah .. Al-kisah tersebut la kisah abang on the way balik dari tuisyen . Saya , abah dan Ayin balik Kodiang , rumah tok . Sedang dia menunggang motorsikal dengan berhati-hatinya , datanglah sebuah van yang sangat tak bleh blah punya perangai memotong dan brek mengejut sebab nak beli wau . Abang tak sempat nak brek dan terus mencium belakang van tersebut .. Bermulalah drama di situ , abang telah cedera parah dan dibawa ke hospital dengan ambulans ..

Macam tuh la kowt . Tak sure tapi tuh dengar dari saksi kejadian .. Yang menambahkan bengang semua manusia ialah si pakcik bawak van nih dok mengarut buat report suka hati punya skrip cerita . *Kepala hotak kau !

Maka bermulalah sesi gaduh pada masa itu . Wehh , saksi kejadian ada la . Sedara saya juga . 3 orang saksi sudah membuat laporan sebenar . Haha . *Memang kena la kau pasnih !

Seterusnya , bermulalah perjalanan hidup abang di hospital . Dah berapa lama tinggal hospital ?? Last dia masuk hospital ketika Darjah Satu . Fuhhh X-Ray & Bilik Bedah memang sentiasa menjadi tempat lepak yang sangat digemarinya . * Kalau saya ,saya tension !

Serius , tak suka nak masuk bilik bedah & tempat X-Ray . Sakit la woi ! Dah berapa banyak kali masuk ? Entah ! Tak terkira sudah . =.=' * Habit !

Ok . 24.2.2010 , tarikh abang akan menjalani pembedahan meletakkan besi di dalam kedua-dua belah tangannya . * Seram den ! Tapi itu perkara biasa . ;)

Dah2 . Malas nak cerita lagi . Tolong doakan kesihatan abang saya ya . Sekian , terima kasih kepada rombongan lawatan melawat abang . Penuh wad tuh !

0 serangan:

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)