Thursday, May 9, 2013

Ilmu Yang Ada, Sampaikanlah..

Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca. 

Masyaa Allah.. Masyaa Allah.. Masyaa Allah.
Maafkan wahai sahabat seperjuanganku. Mintak maaf sangat setelah sekian lama menyepi tanpa sebarang kata. Eyza dah start cuti semester sebenarnya tapi masa tak mengizinkan untuk berblogging. Biasalah, cuti-cuti nih apa lagi kerjanya kan? Maid separuh masa la..

Maid is tukang gaji tapi aku versi tak bergaji sebab kat rumah sendiri

So, how about life? Menanti masa untuk sambung Semester 3. Pheww, dah mula counting bila nak habis matrik lagi setahun. Eyza dah letih serta penat. Macam mana lagi nak survive kat sana? Ke hulu ke hilir. Besar kot matrik tuh. Aiyooo!



Sudah cukup sudah mengeluh. Setiap apa yang jadi ada hikmah. Mujur dapat matrik dekat kan? Hehehe, every weekend mama abah Eyza boleh datang. Manja laa sangat. Tak selalu yang pastinya ok?
"Tetapi, sabarkan dirimu dengan orang yang lebih tinggi ilmunya daripadamu dan dengan orang yang lebih rendah (ilmunya) daripadamu. Hal ini kerana orang yang akan mengikut ulama adalah yang sabar dengan mereka serta menggauli mereka dan mengambil ilmu mereka dengan lemah lembut."
Mari pupuk sifat Sabar yer. Sabar tuh kan separuh daripada iman. Dalam menuntut ilmu, memang ada cabaran. Kalau takder tuh, tipulah kan? Berkongsi ilmu tuh penting. Kenapa? Pepatah Arab ada berkata "Ilmu tanpa AMAL umpama pohon yang tidak berbuah"

Macam Facebook kita kan? :)

Tak rugi seandainya ilmu itu kita sampaikan kepada orang lain. Ilmu kita itu terbatas. Kalau Allah tak izin, Dia boleh tarik semula ilmu tersebut. Jangan bongkah. Lebih baik merendah diri sebab kita nih dijadikan dari setitis air mani sahaja. 

Masa lapang yang ada, isilah dengan baik yer. Jangan sia-siakan sedetik saat yang Allah berikan. Mana tahu, sedetik saat juga Malaikat Izrail mencabut nyawa kita? Ingatlah, menuntut ilmu itu adalah JIHAD!
"Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad.- Al-Ghazali -" 
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".
Sesungguh yang baik itu datang dari Pencipta, yang buruk itu datang dari Diri Yang Dicipta.. 

Sekian, terima kasih. 

0 serangan:

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)