Friday, July 20, 2012

Setahun Sekali , Sekali Setahun !!

Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca . 

Sekalung mutiara kemaafan untuk semua yer. Eyza agak busy dengan melayari kehidupan sebagai pelajar matrikulasi yang sangat penuh dengan tekanan. Alah bisa, tegal biasa . Sabar jer la demi masa depan akan datang . 

Membuka tirai Ramadhan Mubarak . Alhamdulillah , masih dapat kita bersama-sama singkap lembaran ini . Salam Ramadhan AlMubarak untuk semua pembaca. Hope Ramadhan kali nih, kita dapat menunaikan ibadat dua kali lebih baik sebelum bulan-bulan sebelumnya . Buang yang keruh, ambil yang jernih :)
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan bagi kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan bagi orang-orang sebelummu, agar kamu bertakwa" [Al Baqarah:183]


Let's empty the recycle bin :)

Malam nih pergi terawih ke tak ? Alhamdulillah, hari nih Eyza sempat mengerjakan solat sunat terawih bersama-sama nenek, abang dan adik-adik . Syukur . Esok dah nak balik KMK semula . Tak sempat nak berbuka dengan family. Bukan dah biasa ke? :D

Meh nak share sikit pasal Puasa Ramdhan . For sure pasal fadhilat yang mungkin ramai dah tahu . Tak salah nak kongsikan jugak kan ? Sebagai ingatan untuk kita semua supaya dapat mengimarahkan lagi Ramadhan pada tahun 1433H ini :
Dari Abu Hurairah ra. bahwa Nabi saw. bersabda: "Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya: 
1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.
2. Para malaikat selalu memintakan ampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
3. Setiap hari Allah menghias syurga Nya sambil berkata, 'Hamba-hamba Ku yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'
4. Pada bulan ini diikatlah setan-setan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, kerana orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' (HR Ahmad)

Menarik kan? Ada lagi untuk dikongsi ! Sekadar ingatan supaya kita menjaga puasa yang penuh dengan keberkatan dan rahmat ini . :) 
Rasululah s. a. w. bersabda; "Puasa itu bagaikan perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, jangan berkata kotor dan jangan berkata kasar. Jika seseorang mencacinya atau menyerangnya maka hendaklah dia mengatakan. Aku ini puasa." - Sahih Bukhari
Insya-Allah seandainya niat di hati ikhlas menunaikan Rukun Islam yang ketiga ini, pelbagai ganjaran menanti kita di sana. Dengan izinNya .. 
 Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.” -Riwayat Bukhari dan Muslim.
Konklusinya, selamat menunaikan ibadat berpuasa. Jom raih pahala pada bulan barakah ini . =)

Read and Understand :)

Renung-renungkan dan selamat beramal . Sekian, terima kasih. 
Salam sayang dari Eyza@Hafizatul Asyrah

4 serangan:

Azariah Kamis said...

selamat menyambut ramadhan eyza
:)

athirah said...

Ramadhan Kareem ! :)

Hafizatul Asyrah said...

@Azariah Kamis

Selamat menyambut Ramadhan kak :)
thanks ! ;)

Hafizatul Asyrah said...

@Athirah

Ramadhan Kareem too.
May God bless u kak :)
thanks ! ;)

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)