Thursday, December 16, 2010

Dulu Dan Kini Tidak Sama .

Asalamualaikum w.b.t buat semua pembaca . 

Berkongsi luahan rasa di sini bagi mengurangkan rasa beban di jiwa . Izinkan Eyza menukar panggilan 'Eyza' kepada 'aku' dalam postage nih yer . Postage nih korang bleh jugak baca melalui Tumblr sebab Eyza copy jer dari Tumblr . Malas nak save lama-lama entry kat blog nih . :D

Title di Tumblr berbeza sebab entah kenapa dekat blog jadi datang idea pulak nak tulis tajuk Dulu Dan Kini Tidak Sama sedangkan di Tumblr tulis title Dulu Dan Kini . Jangan risau sebab content tetap sama . Ianya sekadar luahan rasa seorang gadis remaja . 

Dulu Dan Kini Tidak Sama . 



Situasi berbeza bagi diriku yang semakin menginjak ke gerbang kedewasaan . Ku sedar diriku bagai menjadi layang - layang yang kadang-kadang di atas dan di bawah . Memoir kehidupan yang sudah pasti berbeza dari kini akan ku tempoh di masa akan datang . Kematangan sangat perlu bagi diriku untuk menempuh segenap tempoh kedewasaan ini . Dulu aku umpama anak kecil yang masih bermain rama-rama yang menari-nari di taman . Itulah aku , mengejar apa yang tidak pasti sehingga mengajar hidup berdikari . Memang aku dari kecil terpaksa berdikari sendiri . Ke tadika dengan berbasikal bersama-sama teman-teman tampak ceria asalnya . Tapi derita yang ku terima siapa yang tahu ? 
Kini aku ingin lebih berdikari dari dulu . Berdikari untuk mencari realiti kehidupan yang akan sendiri tidak tahu bagaimana agaknya . Susahkah mencari kehidupan yang penuh dengan kemanisan iman ? Sesungguhnya hanya Dia yang boleh menentukan semua takdir itu dan aku hanya mampu menerima dengan redha takdir yang ditentukan . 

Dulu aku hanya seorang pengemis kasih sayang . Aku ingin hidup penuh dengan kata-kata manja dari seorang yang bernama ibu dan bapa . Ya , aku terlalu dahagakan kasih sayang ibu bapa . Ibu bapa umpama cahaya yang menerangi gelap hidupku yang tiada punca . Mereka menjadi warna bagi aku untuk menjadi yang lebih baik dan berjaya dalam kehidupanku . Sungguh , aku menghargai setiap apa yang mereka berikan kepadaku walaupun aku inginkan lebih daripada itu . Aku perlu menjadi kuat dan tegar walaupun hati ini terseksa menderita melihat apa yang diberikan oleh mereka kepada adik-adikku . Aku sedar siapa diriku ini dan hanya bersyukur dengan apa yang diberikan kepadaku . Mungkin Allah sahaja mampu memuaskan kemahuanku . 

Kini , aku mudah menitiskan air mata ini . Begitu murahnya air mata yang bercucuran di pipi. Aku sering kali bermuhasabah apa yang perlu aku baiki dalam hidupku ini . Hanya Allah yang tahu setiap makna air mata yang ku alirkan di pipi . Biarlah ianya menjadi kenangan pengubat sepi di masa akan datang .  Lamunan ku kadang2 bertukar menjadi tangisan kerana begitu banyak perkara yang aku fikirkan di dalam dunia ini . Aku bayangkan bagaimana hidupku di sana nanti . Bahagiakah aku di sana ? Aku merasakan betapa kerdilnya diri ini di sana . Aku umpama semut kecil yang mudah dipijak oleh sesiapa . Sungguh , aku merasakan hidup ku ini tidak berguna untuk sesiapa malah menyusahkan sahaja.

Aku inginkan masa dulu tapi aku mahukan masa kini untuk maju . Mungkin aku terlalu mengikut emosi sehingga terlalu mementingkan diri . Aku menjadi seorang yang terlalu egois terhadap diri sendiri . AKu terlalu inginkan yang lebih sedangkan diriku tidak seberapa hendaknya . Aku terlalu mengagungkan diri yang tidaklah setinggi mana . Itulah sikapku . Kenapa mesti begitu ?? Kenapa aku tidak menjadi seorang yang sederhana ?? Hanya diriku yang tahu betapa kolotnya diri ini .

Ya Allah , berikanlah aku kekuatan untuk menjadi umatmu yang lebih baik dari dulu . Sesungguhnya kau Maha Besar dan Maha Agung ..

Sampai sini sahaja yer . 16.12.2010 , 09.14 PM ~

p/s : Membawa hati yang sedang berduka - lara .

6 serangan:

Faisal said...

kenapa membawa hati yang lara?


Terbaru: Percaya tak yang korang boleh dapatkan 15 ribu visitor seminggu?Tak cara main baca ini!

Hafizatul Asyrah said...

@ Faisal :

ada la sebab2 nyer ..
:)

princess hanna said...

be strong ya...Allah owez by ur side...=)

Hafizatul Asyrah said...

@ princess hanna :

insya-Allah .. yes , I hope Allah
always with me =)

Izwan said...

terasa penghayatannya dengan tulisan ni.. it's okey.. pe yg dihadapi sume pengalaman hidup yg berharga..

Hafizatul Asyrah said...

@ Izwan :

ya betul tuh .. setiap yg terjadi ada hikmatnya kan ? :)

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)