Monday, December 27, 2010

Ayahda dan Bonda Meninggalkan Anakda .

Asalamualaikum w.b.t buat semua pembaca .

Di hari yang hening beserta mood yang sunyi , jari ini menari di keyboard yang masih berplastik . ENtah bila nak buang plastik nih , entahlah . Maybe nak dianggap baru selama-lamanya . Kesunyian di hati hanya Eyza sendiri yang tahu dan semestinya orang lain tak tahu . 

Hari nih , Mama and Abah outstation . OMG ! Di sini , bermulalah tanggungjawab berat sebagai seorang Kakak Sulung menguruskan keluarga . Dengan izin Allah , mujur ada bantuan daripada nenek @ tok sebagai pembantu . Nih lah nikmatnya bila tinggal sekali dengan nenek tahu ? =)

So lonely without u , Mama and Abah =(

Sekarang Eyza dah besar macam anak gajah tuh tahu ? Yeahhh , lama2 cuti membuatkan Eyza bebas untuk buat apa saja . Nak exercise , tak payah kata apa lah . Tersangatlah jarang ketika cuti . Sepatutnya , masa cuti la nak exercise turunkan berat badan kan ? -.-

Kembali kepada tajuk semula ya teman2 . Abah pergi outstation kat Pulau Pinang . Mama pergi outstation kat Melaka . Ohhh , lambat lagi nak balik . Sudahlah esok nak kena pergi sekolah hantar buku then pergi sekolah Alon nak pergi dengar ceramah apa entah . Huhu , menjadi 'ibu bapa' bukanlah perkara yang mudah kan ?

Disebabkan just tinggal Eyza dan adik - beradik jer , maka kitorang 'bebas' nak buat apa sahaja di dalam rumah ? Hari nih , Abang ajak tengok Cuti-Cuti Cinta . Alaaa yang nasik lemak 50 sen tuh . Korang tahu tak ?? Mesti ada yg dah tengok kat cinema kan ? :)

Dengan adanya internet , kitorang menjimatkan duit tak payah pergi cinema . Tengok dalam bilik pun ok  kan ? Hehe ! Buang masa jer nak pergi cinema tengok cerita yang dah lama nih . Entah2 tak der orang nak tengok dah cerita yang dah 'lapok' nih kan ? 

Apa2 pun , kitorang seperti biasa saja . Bila ada nenek kat rumah , pergaulan agak terbatas tapi lagu masih memecah seluruh ruang rumah . Hehe bilik Eyza ada speaker besar akan 'fighting' dengan bilik Abang yang ada radio besar gedabak tuh . Bermulalah kena dengar ceramah perdana daripada nenek khas untuk cucu tercinta .. =D

Semua tuh dah biasa bagi kami . Rumah dah ada internet . Ada driver nak pergi jalan2 . Ada internet untuk download cerita . Ada bilik untuk buat apa saja . Duit tak dak tak mengapa . Huahua ! Serius , Eyza tengah tak dak duit sangat2 nih . Nak kena pergi cari kerja pasnih , nak dapat duit . Sampai macam tuh sekali . Aiyakk !

Mama dan Abah tak dak di rumah memang menyeksakan jugak kadang2 . Rindu memang sudah semestinya . Hehe ! Ingatlah wahai anak2 , ibu bapa itulah ratu hatimu bukan pakwe or makwe yer . Ohhh , ada nada sindiran di situ . Maaf yer kalo terasa . :P

Ok3 . Sebelum Eyza terus menyakitkan hati anda di sini , baik Eyza stop sampai sini kan ? Pergi buat benda yang lebih baik daripada mengganggu hidup anda maybe ? :) Selamat tinggal sayang , selamat tinggal kasih , selamat tinggal cinta .

Sampai sini saja . 27.12.2010 , 01.52 PM ~

p/s : Awak , kenapa awak tak contact saya lama ?? Miscall pun jadilah . Biar saya tahu awak ada untuk saya masa kini . Jangan sampai awak buat hati saya makin jauh untuk awak .. :(

4 serangan:

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

lonely....

Hafizatul Asyrah said...

@ ♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ :

semstinya ..=(

Anonymous said...

nice post

-choco-

Hafizatul Asyrah said...

@ Anonymous :

thanks :(

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)