Wednesday, March 3, 2010

Lumrah Manusia .





Ikhlas dari hati buat ketika ini . Hidup serabut betul dengan setiap aktiviti yang berjalan hari ini . Dari bermula persekolahan sehingga pulang persekolahan . Tapi ada juga yang menceriakan suasana hidupku walaupun ada yang ingin menghancurkannya .

Kata orang sekali buat salah , selama-lamanya dianggap salah . Oleh itu , terimalah takdir itu kerana mungkin terdapat hikmah di sebaliknya . Justeru , tabahlah menghadapi setiap cercaan yang bakal diterima kerana kita manusia lemah .. :)

Hidup ini umpama hayunan buaian . Kadang-kadang di atas dan berputar , kadang2 di bawah dan bersedia . Hidup tak pernah tenang . Itulah menjadi kesimpulannya . Setiap perkara itu ujian dari-Nya . Ingatlah ..



Sekali berbuat salah , jangan ulangi buat kali kedua . Seandai berlaku jua , bertaubatlah . Sesungguhnya pintu Taubat masih terbuka untuk dijejaki selagi tiadanya KEAJAIBAN DUNIA yang seterusnya . Bukalah mata , lihatlah dunia . Ianya sementara . Tiada tandingannya dengan di sana .. :)

Pilihlah jalan hidup anda . Selagi anda mampu , setiap rintangan pasti tidak bertemu . Pamerkanlah setiap kekuatan itu , sesungguhnya ada ganjaran bagi sudut itu .



Kadang-kadang kita kejam . Menolak mereka yang salah begitu saja . Tanpa berfikir apa rasional berbuat begitu ? Adakah mereka yang salah sentiasa akan salah ? Sesungguhnya satu hari nanti , yang salah itu mungkin membantu . Ingatlah itu ..

0 serangan:

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)