Friday, January 30, 2009

Dulu Kita Sering ...

Dulu kita sering bersama bagai isi dan kuku..Dulu kita sering berbicara dan curhat bersama..Dulu kita sering bergurau senda di taman fantasi cinta kita..Dulu kita sering bermanja bersama di bawah bumi pelangi kita..Dulu kita sering bertukar cerita tentang mereka..Dulu kita sering memenuhi ruang rindu kita bersama..

Namun kenapa kini semua imaginasi kita seperti dulu hilang begitu saja??Ke mana dirimu yang ku kenal dulu??Di mana kau wahai kekasih fantasiku?Ke mana kau pergi?Tanpa meninggalkan apa-apa kesan dan nota terakhir buatku yang maish terpinga-pinga mencari di sebalik sanubari yang gelap gelita tanpa suluhan cintamu??Ke mana kau menghilang sayang?

Mengapa perlu ada perpisahan antara kita?Perlukah perpisahan itu dalam alam kabu ini? Mengapa perlu ada si dia?Mengapa perlu adanya engkau dan dia?Adakah kerana si dia kau berubah sebegitu rupa?Adalah kerna si dia yang menghapuskan aku dari alam cinta kita?Sedarlah sayang..Bangunlah dari alam fana mu yang akan memusnahkan dirimu sendiri apabila dia mengucapkan kata cinta yang menyebabkan engkau menderita..Bangunlah sayang sebelum engkau dimusnahkan..

Mengapa perlu aku ditinggalkan di bumi pelangi yang telah kita bina dulu bersama?Sememangnya kah kau sudah lupa ? Sememangnya itu lah takdirnya..Kau meninggalkan aku dalam mimpi yang sangat buruk itu sayang.. Pulanglah ke mari dalam dakapan maya ku.. Namun aku sedar aku hanya merpati yang tiada maknanya lagi dalam hidupmu..

Takkan ku kejar dirimu seandainya sudah takdir engkau bukan untuk diriku yang lemah lagi tidak bermaya ini sebaik sahaja ditinggalkan olehmu..Terbanglah wahai kekasihku kerana aku tahu mungkin si dia dapat membahagiakan dirimu..Akan ku kejar dirimu seandainya masih ada kekuatan di dalam diri sanubariku yang sudah hilang dayanya..


*Fuhh nukilan ku yang ntah apa2.Hak3 jiwang abih r eyza..Ni sejak bila r plak jadi gini lak nih cik eyza oi??Hik3 sejak gaduh ngn kawan trus masuk ayat2 di atas nih..
Hak3..Btw terima kasih kerana membaca..

0 serangan:

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)