Sayang, ku benar-benar cinta…
Semalaman ku tak kering mata
Didukung kekabu melapik pilu
Mengharap esok bisa menjanjikan sebuah lembaran baru
Sejak kita berdua berpisah
Aku tak habis-habis gelisah
Apakah itu tandanya bahawa…
Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Tak terjawab bila hati bertanya ke mana kau hilang
Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Suluhkan gelita kalbuku terang
Semalaman lagi bersendiri
Parahnya diseksa sunyi sepi
Beginikah perasaan pabila kita disisih cinta
Ku sangka ku tabah berdikari
Rupanya rapuh untuk berdiri
Kembalilah kau kepada ku kerana…
Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Tak terjawab bila hati bertanya ke mana kau hilang
Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Suluhkan gelita kalbuku terang
Ingin sekali ku sampaikan lirik cinta ini kepadanya.. Namun engkau telah pergi meninggalkan aku detik itu buat selama-lamanya..Tidak sempat aku berkata kata cinta itu sayang..Namun aku redha dengan ketentuan-Nya kerana aku tahu aku hanya insan biasa yang mungkin akan menyusulmu pada bila-bila masa sahaja.. Tunggulah aku di puncak syurgamu sayang..
________________________________________________________
=) Nukilan cinta kedua dari eyza..Hahaha :p.Tatau pa r yang eyza dok mengarut apa kat atas tu..Jiwang gila r mak cik eyza ni kan?Teringin nak wat novel cinta..Tu yang dok test guna ayat2 jiwang tuh..hak3.. Akhirnya selesai juga nukilan yang xseberapa ini..:peace.Kasi brapa bintang nih??
Hihihihi..
0 serangan:
Post a Comment
Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)