Dapat ku hidu indahnya kuntuman syurga ,
Di kala aku kaku tanpa kata ,
Engkau bagaikan mutiara ,
Menyinari gelapnya suasana ...
Sungguh ceria di taman sana ,
Berkarya sahaja kita bersama ,
Bergelak ketawa perkara biasa ,
Berputik cinta di bibit asmara ..
Segala rahsia dikongsi sentiasa ,
Itulah masa kita bersama ,
Berduka sengketa ada sahaja ,
Bersuka ria juga diserta ..
Terputusnya ikatan jiwa ,
Setelah dia pergi begitu saja ,
Berbelah bahagi hati duka ,
Hancur semua hasrat cinta ..
Hilangnya hanya sementara ,
Akhirnya bertemu jua ,
Bibit cinta mekar semula ,
Berbahagialah bersama ..
Tidak kan pernah ku lupa ,
Memoir indah pencetus luka ,
Menghimpit segunung hasrat di dada ,
Akhirnya bersua kita bersama ..
Nukilan : Cik Eyza Cinta ;P
0 serangan:
Post a Comment
Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)