Friday, May 16, 2014

I'm Set Free

Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca. 

Apa khabar semua? SIhat ke tidak. Segulung mimbar Eyza hamparkan. Long time gila rasa tak melepak sini. So sorry. Busy sangat. Hari nih dah 16.5 right? Ohh yes. Dah 2 minggu lebih dah jadi penganggur ok? Matrik dah sempurna 2 tahun pada 29.April.2014 =)

Kita nak senyum comel macam nihhhh ajerr :)

Mari start berblogging dengan senyuman dan tanpa gangguan. Ecewahhh. Apa nak buat cuti sang penganggur eh? Mari buat check list ya! Konon macam banyak sangat ler tuh nak buat kan? Over jer lebih. Hihihi, life is simple right?

What is my plan on this 'holiday' ?


1. Business

For those yang tahu, itu memang sangat baik. Yer, Eyza ada online shop yeayy! Dah berdaftar SSM sudah ok? Alhamdulillah. Nampak tak serius nak ber-bisnes? Tak dapat dinafikan, Eyza move on bisnes dengan modal dan titik peluh sendiri. Jatuh bangun, rugi untung, hanya diri ini jer yang tahu. Nanti Eyza review la sikit about the Online Shop ya. Nak menapak semula sebab dah lama stop bisnes. Cakap betul ya, I'm more towards business nowadays! Money monster. :P 

p/s : Jangan nak promote korang punya MLM untuk Eyza k? Saya pemalas! 

2. Part-time work

Ya, masih mencari. So, anybody yang rasa ada kerja kosong, silalah emelkan kepada saya ok? Sangat memerlukan kerja sekarang. Sungguh pun masa takder la sebanyak mana, but then Eyza memang tak boleh duduk rumah lama-lama. Nak keluar jer. Tapi, keluar ada tujuan ok? Poslaju la selalu pun sebab nak pos barang customer =)

p/s : Yang nih tak compulsary la sangat sebab Mama Abah macam tak kasi jer nak kerja -.-

3. Travel

Ohh ini punya hal memang craving gila. Tengok kawan-kawan gitau diorang gi merata oi. Fuhh mendidih jer rasa hati. Apakan daya, Eyza sedang berusaha mengumpul duit dulu yer. Hehe, nak travel kena ada duit. Baru best. Kalau tak, terasa diriku begitu tak berguna. Trust me, travel takder duit serius bosan! Maka dengan itu, sabarlah wahai hati. Kumpul duit dulu banyak-banyak, baru kita travel puas-puas.

p/s : Susah dahulu, senang kemudian. ;)

4. Blog Update dan Review

Haaa. Yang nih!! Sepatutnya letak plan yang first sekali! Haha. Hope sangat dapat update blog dan review product macam-macam. Huiii nak kembalikan semula seri blog nih. Kesian sangat sebab dah lama tak update. Busy wehh hidup kat Matrik tuh. Sudahlah laptop pun tak bawak. Maka dengan itu, hiduplah Eyza membujang tanpa luahan rasa di sini. Tragis tak? :*

p/s : Mari berusaha supaya rajinkan diri update blog 

Setakat ini, yang nih jer rasanya plan Eyza. Hehehe. Nak ruin business sebaiknya. Kumpul duit banyak-banyak. Kena simpan. Yelaaa, nak masuk universiti la lepas nih. Inshaa Allah kalau rezeki. Mari berdoa ramai-ramai agar dipermudahkan segala urusan dunia ini =)
"Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah"

 Ok, letih dah membebel. Nak kena 'chow' dulu dah. Hehe, tunggu next update tau. Miss you, bloggers =)


0 serangan:

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)