Sunday, November 18, 2012

Posmen Surat Cinta Sampai

Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca.

Alhamdulillah masih bernafas lagi di kala ini. Ohh rindunya Cik Blog nih. Apa khabar pembaca maya ? Maaf seperti biasa sebab tak sempat nak update blog bersawang labah 10 inci nih. Ok, over sangat la tuh kan ? :P

Semoga hari-hari anda diberkatiNya

Actually, tak tahu nak update jugak sebenarnya. Masa terlalu pantas bergerak sehingga mematikan segala angan-angan Eyza nak menaip lagi seperti dulu. Cewahhh, bahasa tinggi gitu konon . Walau apa sekali pun yang berlaku, Eyza akan terus mencuba dan mencuba macam lagu Tasha Manshahar tuh :)



Sweet and silky

Encik Tumblr, terima kasih :)

Cuti semester dah nak menjengah minggu kedua. Cuti yang berlalu dengan penuh memori antara aku dan dia. Terima kasih atas segalanya. Final exam dah berlalu. Fuhhh, hows?? Apa2 jer la. Dah habis titik peluk la kot study. Eh study ker? Main jer lebih kan? :P

Apa pun terjadi, hidup mesti diteruskan . So kawan-kawan , result macam mana sekali pun, teruskan berusaha. Masa depan masih panjang. Jangan putus asa tau. Selamat Maju Jaya. Eyza doakan kita semua berjaya dunia akhirat dengan usaha yang berlipat ganda. Jangan mudah mengaku kalah sebelum bertempur! 

Teruskan berdoa dan berusaha kepadaNya

By the way, GoodLuck untuk semua STPM's Candidates 2012 especially my big boss, Hafizul Asyraf. Buat adik-adik yang nak ambil result UPSR esok, goodluck jugak daripada kakak senior uollls nih ok? Banyakkan berdoa dan bertawakal. Redha atas segalanya ! ;)

One more thing:


Ya Allah, kuatkanlah mereka menempuh segala ujianMu. Kuatkanlah mereka untuk berjihad di jalanMu. Berikanlah mereka kebahagiaan di sebalik penderitaan yang mereka alami sekian lama ini . Sesungguhnya, mereka hambaMu yang lemah.. Amin, Ya Rabbal 'Alamin..

2 serangan:

Ct Nurmazliyana said...

pray for gaza (:
http://mazliyanayahaya.blogspot.com/2012/11/aksesori-penambah-gaya-wanita.html

Hafizatul Asyrah said...

@Ct Nurmazliyana

insyaa Allah :)
thanks! ;)

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)