Saturday, August 4, 2012

Berendam Air Mata Untuk Mencari Erti Bahagia

Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca . 

Salam Ramadhan yang ke-15. Alhamdulillah , 15 Ramadhan telah kita lalui . Macam-macam rintangan hawa nafsu sudah kita harungi . Ya Allah , dapatkah kami mengharungi lebihan 15 Ramadhan akan datang ? Berikan kami peluang untuk menggapai setiap detik berkat di bulan barakah ini .
Ya Allah... Berikanlah aku perlindungan-Mu dari perkara-perkara yang lagha (sia-sia). Sesungguhnya hambamu ini lemah dan tidak berdaya membuat sesuatu keputusan. Engkau telah memberikan dugaan kepadaku untuk memilih perkara-perkara yang bermanfaat...
 Alhamdulillah fi kulli hal :)


Pagi yang indah . Eyza bangun dengan rasa syukur sebab masih dipinjamkan nyawa di dunia yang sementara ini . Dunia oh Dunia . Hari nih plan bukan main tapi masih di atas katil . Susahnya nak bangun pagi tadi . Nafsu nih memang nak kena betul lah ! *Diri sendiri memang tak pernah nak rasa bersalah kan?

Pagi nih online jer Facebook, tersentap sekejap . Ok, kawan-kawan update gambar kat universiti masing-masing . Adoii, meragut jiwa dan sanubari . Berderailah air mata nih lagi . Mama, Abah, maafkan KakNgah sebab tak mampu nak tunjuk gambar macam tuh lagi . *Ok , set ! Touching dah nih!!*

Janganlah sedih , awak :(

Dalam hati nih , hanya Allah yang tahu . Peritnya hidup ini . Dalam kesusahan mengejar cita-cita masa hadapan , ditambah pulak dengan perisa kepedihan hati , rasa lengkap pulak ujian hidup nih . Memang betul dan tepat sekali , apa yang lecturer Eyza cakap dalam kuliah macam nih ;
Sebenarnya , matrik nih adalah untuk menyediakan awak sebelum melangkah ke universiti . Nanti awak akan jadi kuat bila kat universiti dengan tekanan yang awak terima lebih hebat di matrikulasi .
Yes, memang Eyza dapat rasakan tekanan tersebut . Bagai nak bunu diri terjun bangun (kalau takder iman, maybe akan dibuat). Huh, tak tahu sanggup ker tak nak lalui dua tahun di sini . Tapi, walau perit mana sekali pun hidup mesti diteruskan ! Go EYza Go !
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “Orang yang paling menyesal (berdukacita) pada hari Kiamat ialah orang yang ada peluang menuntut ilmu di dunia, tetapi dia tidak mengambil kesempatan menuntutnya, dan orang yang mengajar ilmu kepada orang lain; lalu yang belajar darinya mendapat faedah dari ilmu itu sedangkan dia sendiri tidak mendapat apa-apa.(Riwayat Ibnu As-Sakir dari Anas r.a.)”
Tunjukkan aku jalan yang benar , Ya Allah! Sampai di sini sahaja . Sayang-sayang sekalian yang sudi membaca, doakan Eyza dipermudahkan untuk menjawab Ujian Pertengahan Semester nanti . 7 Ogos sehingga 9 Ogos 2012

Salam sayang untuk semua .
With Love , 
Eyza@Hafizatul Asyrah bt. Zulkhairi 





8 serangan:

Ina Haireina said...

tabahkan hati.. semoga eyza berjaya dalam apa jua yg dicita2kan.. amin.. :)

Liyana Sarwani said...

good luck in everything dear sis eyza.. fighting! man jadda wajada.. :)

Cik Aqilah Wardah said...

assalamu'alaikum... gud luck eyza.. :)

E'in said...

sabar ye.. good luck utk exam..

Hafizatul Asyrah said...

@Ina Haireina

hope camtuh lah kak..
sabar3 :)

thanks !;)

Hafizatul Asyrah said...

@a creature

syukran laki :)
thanks ;)

Hafizatul Asyrah said...

@Cik Aqilah Wardah

waalaikumussalam..
thanks sis ! ;)

Hafizatul Asyrah said...

@E'in

tq! ;)

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)