Friday, August 19, 2011

Pejam Celik Pejam Celik Dah Masuk Fasa Ketiga .

Asalamualaikum w.b.t buat semua pembaca . 

Malam yang suam-suam kuku jer sejuknya . Tengok kalendar untuk sekian kalinya . Huh , fikir kejap . Nak menaip apa lagi wahai papan kekunci ? Teruja dalam hati sendiri . Tadi , cik kawan cakap dia teruja tengok blog Eyza. Menarik ? Dia buat Eyza huru-hara untuk 5 saat permulaannya . :D

Hari nih , Eyza agak sibuk . Bukan hari nih jer tapi sepanjang masa Eyza busy sampai tak sempat nak melempiaskan rasa hati di sini . Korang rindu tak ? Diharap ada jugak yang senyum sambil kenyit mata bila membaca .

Ramadhan Al-Mubarak sudah hampir melabuhkan tirai . 

Sedar tak yang Ramadhan dah nak melabuhkan tirai . Korang masih bermimpi ker yang sekarang nih dah nak habis puasa ? Dah cukup ke ibadat kita ? Berapa hari korang skip terawih ? Korang ada buat muhasabah diri tak pasal tuh ??

Eyza sendiri masih tak cukup beribadat lagi . Masih merangkap-rangkap mencari masa untuk buat kebaikan . Kadang-kadang sibuk study sampai rasa 24 jam tuh tak pernah cukup . Aduhaii manusia-manusia . Apakan daya , lumrah kehidupan kan ?

Minggu ketiga - Pelepasan dari Azab Api Neraka


Malam nih dah masuk 20 Ramadhan 1432 H . Diharap korang semua ambil perhatian untuk minggu terakhir puasa nih . Kita dah masuk fasa ketiga di mana ada satu malam yang lebih baik daripada satu bulan . Tahu tak malam apa tuh ??

Lailatul Qadar


Klik link untuk maklumat lanjut . Dah baca ? Yeahh bagus2 . So , apa yang korang nak responkan ? Duduk rehat lagi ? Orang selalu cakap , bulan Ramadhan nih bulan Umat Islam berpesta ibadah . Namun , ada jugak Umat Islam berpesta beriadah di gedung-gedung beli-belah .

Eyza nak kongsikan sikit apa yang sepatutnya kita buat untuk Malam Lailatul Qadar nih .

Tips 10 Malam Terakhir Ramadhan 

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.

2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.

3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.

4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.

6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.

7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.
Petikan daripada ILuvIslam

Eyza harap kita dapat beribadat sepanjang 10 malam terakhir nih . Jangan asyik sibuk nak pergi beli mercun dan cari buluh nak buat meriam jer . Ingatlah , mungkin ini Ramadhan terakhir untuk kita . Manalah tahu , tengah main mercun tuh , Allah hantar Malaikat nak cabut nyawa . Nau'zubillah min zalik ..

Apa-apa pun , Eyza nak ucapkan Selamat Berpuasa untuk semua muslimin dan muslimat di luar sana yer . Tak kira di mana anda berada sama ada di kutub utara mahupun kutub selatan , jika anda Islam , berpuasalah . Hehe buat perempuan-perempuan tuh , senyum jer la . Hihi!

Diharap untuk korang , jangan sia-siakan pesta ibadah yang sepatutnya korang isi dengan amalan-amalan yang menyelamatkan korang di akhirat kelak . Bulan nih sepatutnya menjadi bulan di mana kita menyucikan semula @ menqada dosa-dosa yang telah kita lakukan bukannya menambahkan lagi koleksi kat 'muzium' tuh ok ?

Sampai sini saja pembaca yang tercinta ;)
19.Ogos.2011 , 11.00 PM ~

p/s : Trial SPM dah dekat . Asyik gempur jer kat sekolah tuh !! ;)

Nota Kaki : 
 Kadang-kadang kita selalu leka dengan nikmat dunia sehingga meninggalkan janji yang telah kita ungkapkan dulu . 
 Sedarlah yang dunia ini hanya seketika wahai saudara dan saudariku . 
 Tulus Ikhlas , Hafizatul Asyrah bt. Zulkhairi @ Eyza .

2 serangan:

Mr.NS said...

nice share...

Hafizatul Asyrah said...

@Mr.NS

thanks ;)

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)