Friday, August 20, 2010

Fasa Pertama Selesai .



Asalamualaikum w.b.t buat semua pembaca .

New header *wink wink :)

Besar punya ! Jangan main2 . Tapi bakal diupdate selepas ini . Bila idea datang mencurah - curah seperti ladang gandum boleh la nak buat design yang lebih grand skit kan ? :) * Perasan mak nenek !

Buat korang , macam mana dengan puasa ? OK ke KO ? Hhe Eyza happy gila sebab dapat selesaikan fasa satu sepenuhnya tapi sedih sebab fasa satu iaitu 10 terawal yang membawa rahmat sudah berakhir . Huwaaa ! * Sedih mana !!



Bukan nak cakap la , bulan Ramadhan Al-Mubarak nih memang banyak dugaan walaupun syaitan dibelenggu . Ingat ! Nafsu tetap ada ok ? Kadang2 nafsu lebih kuat dari syaitan . Beringatlah ..



Nafsu makan . Fuhh memang tak boleh tolak ke tepi . Pergi ja pasar ramadhan , rambang mata habis ! Semua makanan nak beli . Tamak ! Tak fikir langsung otak takut membazir ke apa ke beli makanan banyak2 kan ?? Inilah hasutan nafsu .. * Jangan terpedaya !



Hah ! Sapa tak pergi terawih tadi ?? Mesti ramai punya tak pergi kan ? Sebab tuh boleh jer online FaceBook . Eyza pergi ok ? Hehe . Best taw dapat pergi sembahyang terawih dekat rumah . Sebelum nih kat hostel jer majoritinya . Huhu ! Nih kira kesempatan beramah mesra dengan family gitu . * Ku bahagia !

Tak guna masjid itu dibina , jika kita tidak mengindahkannya . Oleh itu , raikanlah malammu di sana ! Cewahhh bukan main tu . :) Nak jadi model masjid pun agak2 ler cik kak oii . Salah tempat nih .. * Jiwa kacau !

Tadi pergi Pasar Ramadhan dengan adik - beradik . Memang nikmat bila bersama - sama . Pusing punya pusing beli makanan . Habis Rm11 sahaja . Huahua . Entah merapu merepek meraban jer makanan yang dibeli . Tapi kitorang hadapkan jua sebab ramai pulak yang join berbuka kat rumah nih . * Tetamu pembawa rahmat !

Dalam kesesakan orang ramai di pasar Ramadhan , macam - macam perkara Eyza lihat . Ewahhh si budak comel lagi chubby bersuka ria minum air depan mata . Ewahh budak nih ! Mujur comel , kalau x dah lama ambik air tuh . Kejam betul Eyza . Tak pa biarkan . Bersabar sajalah .

Opsss ! Terlebih sudah . Nih la cerita mengarut yang dapat Eyza nukilkan . Dah lewat dah nih . Tata , tidur3 . 12.42 AM , 21.8.2010 ~

Selamat Berpuasa kepada Muslimin dan Muslimat
Semoga setiap amalan kita bersama - sama diterima .
Amin :)

0 serangan:

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)