Monday, May 31, 2010

Accident .



Asalamualaikum w.b.t buat semua pembaca .

Petang nih dengan mood yang berbasi - basa , Eyza nak cerita la sikit pasal accident yang Eyza nampak pagi2 tadi masa nak hantar Alon . Perghh memang memberi kesan yang mendalam sampai Eyza terus blank otak untuk jawab exam !* Impak yg sangat hebat !!

Rasa macam trauma ja sekejap . Dah lah hari nih paper Physics . Subjek yang paling Eyza lemah dan sangat lemah selepas Additional Mathematics . Huu tiada senyum buatmu teman untuk hari ini .. * Tarik muka 14 inci !



Tengok pakcik n 2 orang budak sekolah kat atas jalan raya . Habis bersepah makanan2 yang maybe barang pakcik tuh . Budak sekolah tuh pulak seorang di antaranya dan pakcik dah terbaring atas jalan . Pakcik tuh dah berlumuran darah , budak perempuan yang terbaring tuh tak sedarkan diri . * Ketar aku melihatnya !

LEpas tengok tuh , abah terus call ambulans . Fuhhh tragedi depan mata memang mengejutkan . Eyza yang tak kena nih pulak yang trauma lebih . Tapi kesal sikit sebab orang tengok ja mangsa2 kemalangan tuh . Kot la nak tolong angkat bawak pergi hospital ker . Aduhaiii . * Time nih semua fikir nak tunggu ambulans jer kowt !

Yang agak membuatkan Eyza teruja muka seorang mangsa yang cedera ringan jer kowt , perempuan macam familiar . Huu tapi entah la . Tapi yang kesian sekali kawan dia la . Terbaring n tak sedarkan diri . Entahlah apa jasi lepas tuh . Abih ja abah call ambulans , terus abah hantar Eyza pergi sekolah . * Dalam hati , Allah saja yang tahu perasaan nih ..

Sudah la hari nih , Abang bawak motor buat pertama kalinya selepas mogok sebab accident hari tuh . Huuu memang ketar fikir . Macam fobia ja nak bawak motor . * Selamatkanlah saudaraku itu ..

Apa2 pun , memang Eyza takut gila tengok kes2 accident sekarang nih . Tak tau sama ada kecuaian sendiri ataupun salah siapa . Lepas nih , buat semua hati2lah bawak motor ataupun drive kereta . Bila masa dah sampai , memang akan jadi jugaklah .. * Berserah kepada takdir .. Reda dengan Qada' dan Qadar ...

Eyza hanya mampu berdoa agar pelajar sekolah tadi nih , tak cedera teruk sangat . Hope bersabar dengan dugaan ini .. * Bersabar itu separuh daripada iman ..

* Ya Allah selamatkanlah saudaraku yang ditimpa musibah itu . Sesungguhnya kau Maha Besar lagi Maha Pengampun ..

Sampai di sini sahaja . 6.10 PM , 31.May.2010 ~

0 serangan:

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)