Monday, March 15, 2010

Seksaan .



Dimulakan dengan secebis kekuatan yang seumpama debu bertiup pergi pada malam ini ..

Malam nih , saya sudah diduga dengan pelbagai ujian Allah yang sangat memeritkan . * Wajar diambil pengajaran ! Sakit kepala , sakit perut dan rasa nak muntah . Sebelum nih dah ok , tapi dia datang balik ..

Makan lewat sikit malam nih sebab ada satu perkara yang menghalang berbuat demikian . Tuh sebab sakit perut kowt . Gastrik la kowt . Bersabar ja la menahan sakit seorang diri sebab memang kena macam tuh pun ! :)



Sepanjang jam , sakit makin menyucuk-nyucuk . Ya Allah , ujian apa lagi nih ? Memang menyakitkan . Membuatkan hati yang keras serta iman yang lemah ini kembali kendur menundukkan diri kepada Allah . Sesungguhnya kau yang Maha Besar ..

Kalau sakit pun kena kuatkan juga semangat sebab malam nih Abah tak dak kat rumah . Kalau jadi apa2 , confirm Mama tak boleh handle sebab Umi pun tak berapa sihat . So buat2 tak sakit ja la . Tapi memang tak boleh nak tipu mak yang mengandungkan kita kan ? Mama nampak jugak yang anak dia nih sakit . Pecah tembelang !



Sungguh malam nih mood tak berapa baik sikit . Biasalah . Time2 sakit nih memang angin lain macam punya kan ? :) Buat mereka2 yang mesej tuh , maaflah yer sebab mungkin lambat reply atau mesej mengarut2 . Otak tak dak dah malam nih . :( * Tuh mati namanya !

Petang tadi berjalan merata kampung jemur panas . Habis kawasan tercorot saya dan sepupu redah . Memang best sangat2 sebab dapat tengok setiap keindahan ciptaan-Nya . Subhanallah .. Bila tengok benda2 tuh , baru terasa banyaknya dosa yang saya dah buat kat dunia nih . Mencontengkan arang pada kehidupan sendiri , menyebabkan hati saya gelap tanpa ketenteraman jiwa .. :( * Lain kali fikir dulu sebelum buat !

Ya Allah , kau permudahkanlah setiap ujian yang kau berikan ini . Sembuhkanlah aku dari kesakitan yang teramat menyeksakan ini .. Amin ..

Doakan saya cepat sembuh , wahai teman2 . Kembalikan senyumanku yang kini kelat kepada semanis-manis kurma yang dinenangkan . Sesungguhnya yang baik itu dari pencipta , yang buruk itu dari yang dicipta .. :)

Sedarkan dirimu sebelum terlewat . Sesungguhnya masih ada ruang untukmu beralih ke jalan kebenaran . Lihatlah segala kurniaan-Nya , sesungguhnya itu kebesaran-Nya . Lihatlah segala ciptaan-Nya , sesungguhnya itu yang menjadi peneman ciptaan-Nya .

Sedarlah .. Jangan kamu tersesat seperti diriku . Hanya aku yang menerima seksaan azab ini . Sesungguhnya , aku yang terseksa atas cubaan-Nya . Sesungguhnya , aku yang terpenjara dek balasan-Nya .

Buat semua teman2 yang membaca , malam nih Eyza tak berapa sihat . Tak payah tanya banyak2 dan buang kredit mesej Eyza ya . Memang payah nak reply . Asyik nak mengerang ja . Nih pun cukup2 ja nih .. Doakan kesembuhan Eyza .. :(



0 serangan:

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)