Tuesday, March 16, 2010

Lu Pikirlah Sendiri de Movie .



Satu lagi filem hebat yang menyebabkan kita tak kering gusi menonton iaitu Lu Pikirlah Sendiri de Movie . Filem yang menampilkan pelawak utama iaitu Nabil Raja Lawak menggegarkan lagi konsep jalan ceritanya . * Dah maju sikit sekarang !





Lu Pikirlah Sendiri de Movie

Pengarah : Aminah Rhapor
Syarikat Penerbit : SDAF Pictures (M) Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 11 Februari 2010



Sinopsis:

Mengisahkan tentang mengejar impian, kerjaya dan cinta. Nabil (Nabil Raja Lawak) dan Natasya (Puteri Sarah) merupakan pasangan yang berbeza dari semua perkara. Mereka seperti dua garisan yang tidak mungkin bertemu di dalam kehidupan ini untuk melayakkan mereka bercinta. Mereka mempunyai pandangan hidup yang berbeza kerana seorang di universiti dan seorang lagi terpaksa bekerja menyara diri dan keluarga. Walaupun mereka berdua ibarat garisan yang tidak mungkin bertemu, tetapi takdir menentukan segalanya.

Pada pertemuan yang pertama sahaja mereka sudah tidak sefahaman, bertengkar dan bergaduh. Cinta yang tidak diungkapkan menimbulkan salah faham yang berterusan dan berpanjangan. Apakah kesudahan mereka? Siapakah dahulu yang melafazkan kata cinta? Siapakah Kumpulan Meet Uncle Hussein di dalam cerita ini? Apakah kelainan pada watak-watak yang dibawa oleh pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Amy Search, Vanida Imran, Faizal Tahir, Mila AF5, Aziz M. Osman dan lain-lain yang turut terlibat di dalam filem ini? Untuk mengetahui selanjutnya, nantikan kemunculan filem ini di pawagam berhampiran anda.....Jangan ketinggalan..... !!!

Hah tercongok apa lagi kat situ ? Jom pergi layan filem gempak nih !

Nih ada la trailer sikit kat sini . Mana la taw kowt2 dapat menarik lagi minat anda2 ! :)

0 serangan:

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)