Wednesday, March 17, 2010

Hal Rumah Tangga .



Assalamualaikum w.b.t buat semua .

Malam nih , nak dinukilkan la sikit saya mungkin akan sibuk sikit sejak akhir-akhir cuti nih . Almaklum ler , homework tak buat lagi . Oleh itu , bertemankan buku2 la saya jawabnya . * Ecehh ! Handphone pun ada kat buku tuh .



Homework yang belambak berterabur ja atas katil tuh . Folio KOMSAS tajuk Azfa Hannani tak settle lagi . * Bukan tak settle , tak buat apa pun ! Oleh itu , time akhir2 nih la struggle nak buat semua sekali gus .



Oleh itu , bermulalah Zon Menjauhkan Diri dari Blogger ini . Tapi yang pasti handphone di tangan , MP4 di telinga . Haha nih la kehidupan saya sebagai seorang pelajar yang sangat kalot dan lembab ! * Bila lah nak siap kerja cmnih ???

Bermulanya kisah minggu ini , dengan tak buat homework satu pun . Homework apa pun tak tau yang nak kena buat sebenarnya . Banyak sangat yang terfikir bila dekat2 nak sekolah nih . Semuanya teringat nak kena buat . 11 subjek , semua kena buat homework . * Lain kali tangguh lagi kerja . Padan muka !

Bila dah nak sekolah nih , perasaan makin malas sangat2 . Tapi tangan tetap laju mesej tanpa memikirkan masa yang terbuang dengannya . * Naik bil telefon , kena marah dengan Abah !

Seperti biasa , saya akan masukkan semua homework dalam beg sekolah sepanjang cuti sekolah . Kalau rasa nak buat , saya akan buat . Kalau tak terasa nak buat , saya tak buat . * Biar mood rajin datang sendiri !

Selain itu , anda semua juga sudah sedia maklum yang saya seorang yang sangat pemalas . Tetapi mengadap komputer saya rajin ! * Apa lagi yang rajin dari tuh , taktau la !



Sampai sini sahaja . Saya pergi dulu . Buku2 sudah asyik menangis minta ditulis segera . Oleh itu , selamat tinggal . Mungkin saya akan meninggalkan entry sehingga hari ini sahaja kerana kekangan kerja yang memaksa . * Cehhh pigirahhh !


0 serangan:

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)