Monday, January 11, 2010

Menyusur Sedetik Duka .




Bermulanya kisah ..
Seorang pelajar ..
Terjerat kisah cinta ..
Sehingga lupa hidupnya ..
Mencari perhatian mahunya ..
Tiada fikirkan perasaan siapa ..

Teman sekadar perhiasan sahaja ..
Dipermainkan perasaan mereka ..
Bak kaca pecah berdera ..
Umpama mereka gila ..

Tidak difikirkan perasaan siapa ..
Asyik dibuai janji-janji mesra ..
Tanpa diingat siapa pemuda ..
Teman jauh sekala diingatnya ..



Permainan bermula ..
Nafsu mulai mencengkam jiwa ..
Dimonopolinya titik - titik hitam durjana ..
Kalahlah dia dengan jiwa dusta ..

Sebaik berakhir semua ..
Tiada kemaafan dihela ..
Sebak sahaja rasanya ..
Balasan atas segalanya ..
Terjawab sudah di dunia nyata ..

Sedetik keinsafan bermula ..
Mengapai secangkir kebaikan jiwa ..
Mencari sinar keinsafan jika ..
Perit jerih dilalui sementara ..
Pasti ada bahagia menanti di sana..

Usah bermain dengan unsur dunia ..
Kelak derita jawabnya ..
Biarkan memoir lama sebagai pelita ..
Jangan pernah kembali ke jalan lama ..
Sesat dirimu kelak dibuatnya ..

Menyusur sedetik duka ..
Biarkan kisah lama ..
Mulakan mengapai cita ..
Jangan pernah kalah ..
Teruskan usaha ..

Tiada apa yang harus dicuba ..
Permain dunia semata ..
Usah biarkan hati dicengkam ..
Pilihlah kebaikan ..
Tinggalkan kejahatan ..



Hafizatul Asyrah bt . Zulkhairi

0 serangan:

Post a Comment

Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)