
Ya . Manusia memang lemah . Kena 'cuit' sikit dah 'mula' . Orang ni tambah sikit , orang sana masuk campur banyak . Adoii apa jenis nih ? Tuh la manusia .
Susah nak terima hakikat yg kita dah buat salah kat org kan ?
Susah nak terima hakikat yg kita dah sakitkan hati orang kan ?
Susah nak terima hakikat yg kita dah mainkan orang kan ?
Ya . Memang susah nak terima hakikat . Dengar cerita kait pasal saya dekat macam - macam page . Kalah selebriti dibuatnya . Ohh perasannya u ! Kata org2 yg buat gosip sekalian . =.='
Tak pa biarkan . Hidup ini kena diteruskan jugak . Biar la nak cakap apa pun . Kita yg musnahkan hidup sendiri , so tak perlu nak menyesal kan ? So just leave it . Whatever they want to talk , just talk . IDC !
Ok yes ! I admitted I have make wrong . So what ? Orang hanya tau bercakap . Tapi tak pernah nak beri peluang kan ? Itulah manusia . Kadang2 , yg buat salah pulak jadi hal . Orang dah bagi peluang , ulang benda yg sama jugk . Arghh bodohnya !
Watch out babe ! Setiap kebaikan yg kita buat memang susah orang nak terima bila suatu ketika dulu kita dh buat salah . Walaupun kita dianaiya sekalipun , org tak tau . Manusia hanya tau orang lain tanpa mengadili dahulu . Talk to the Hand !
Mulut manusia nih , kita tak boleh tutup . So biarkan mereka cakap , cakap dan cakap selagi mereka boleh . Manusia memang begitu . Tak perlu amik hati or whatever yg dicakap sebab buat kita jadi gila . Ya kan ? Saya minta semua orang faham situasi yg berlaku . Anda hanya tahu cerita pendek , pastu terus menyalahkan saya yg satu . Arghh memang saya yang salah . =.='
Mungkin zaman remaja saya satu zaman yg tak baik bagi saya . Zaman ini mengajar saya untuk menjadi yg lebih dari saya sebenarnya . Lebih matang untuk menempoh setiap sudut ruang dan setiap saat masa . Lupakan zaman penjerumusan saya ke dalam api neraka , bukalah pintu jalan ke syurga . Itu yg diimpikan selepas saya kembali sedar dari tidur yg mencengkam dosa selama saya remaja .
Saya tak salahkan orang lain sebab apa yg saya dah buat kepada anda , tak perlu lagi saya sesali . Nafsu , kau memang gila ! Buat teman2 , jaga2 . Jangan tersilap langkah dengan apa yg anda lakukan .
Saya bahagia dengan hidup saya . Tinggalkan saya sendiri tanpa sesiapa , mengajar saya erti kehidupan yg sebenar . Tanpa teman , tanpa kawan seperjuangan , memang buat hidup kita tak selesa . Ya , setelah mereka pergi , baru saya sedari yg saya xboleh hidup tanpa teman di sisi . Sungguh .
Hati - hatilah teman , sesungguhnya , jangan pernah kau salah langkah seperti temanmu ini . Sekali melangkah , sukar sekali anda kembali . Orang selalu cakap , setiap sesuatu yg berlaku pasti ada hikmatnya .
Ikhlasnya dari hati yg semakin hari semakin sunyi dek kegelapan jiwa sendiri . Inilah sebahagian hidup seorang remaja yg sudah kalah dengan nafsunya . Buat anda , sedarlah sekarang wahai temanku sebelum terlewat . Teruskan hidup tanpa mereka , kebahagian milik anda pabila tiba masanya . Ceriakan hidupmu dengan pelangi yg diberikan kepadamu , sesungguhnya itu yg terbaik untukmu .
Zaman lalu itu zaman silam yg mengganggu tabir duniamu . Tinggalkan ia . Biarkan ia berlalu . Hilangkan duka , hamparkan bahagia . Kebaikan menyusul anda seandainya dengan usaha . Gapailah apa yg kamu mahu , selagi kamu mampu . :)
Postage ni tiada tujuan . Sekadar luahan hati dan coretan maya di kala masa yg membantutkannya . :)
All Right Reserved by

0 serangan:
Post a Comment
Berikan sebarang cadangan dan pendapat anda di sini . Setiap komen anda sangat dihargai . =)